K ena namakan blog ni Penambat Kasih kerana sebagai seorang isteri n ibu untuk menawan hati suami n anak2 pastilah dengan menyenangkan hati mereka, menggembirakan mereka serta hehehe mengenyangkan perut mereka...betul tak.. So dalam blog ni k ena akan post kan resepi2 masakan yang menjadi kegemaran serta kesukaan mereka selama ini.....k ena hope sesiapa sahaja yg melawat blog ini akan mencuba resepi2 yg terdapat didalamnya kerana ianya sangatlah simple n mudah utk diikuti......SELAMAT MENCUBA!
Friday, July 29, 2011
Rendang Daging Salai Dengan Nangka
Semalam 28hb July ada perlawanan bola...semalam juga hari untuk dinner keluarga...so anak yg dah kawin pun balik untuk makan malam bersama....k ena sediakan makanan yg biasa2 jer ikut kegemaran suami n anak2...k ena masak rendang nangka campur daging salai, ikan bawal sweet sour, masak lemak cili api ketam n ayam goreng dgn bawang...ini hasilnya...
Alhamdulillah semua habis kecuali rendang n menantu k ena tapau bawa balik....as mom surelah sangat happy n puas hati...segala penat lelah menyediakan hilang sama sekali...
Ini resepi rendang...
Nangka ikut suka banyak mana...direbus n empukkan
Daging salai 2 keping dihiris
Cili api 20 biji ) ditumbuk
Kunyit 2 inci )
Serai 5 batang...2 batang dikihiris n dikisar halus...lagi 3 btg diketuk..
Garam
Asam keping
Santan atau susu
apa yg k ena buat...k ena campurkan semua dlm kuali n masak hingga kering...dipertengahan letaklah garam n asam keping....dah siap...:)
Lepas makan mereka pun duduk dihadapan tv...k ena pula membelakangkan tv sebab takut n mcm nak jatuh jantung ni bila aksi2 cemas....ini gambar masa malaysia menyumbatkan gol...
Memang happening giler malam semalam...hehehhehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah enaknya punya keluarga bahagia............? n istri pnter masak..!
ReplyDeletemakaseh ya...:)
ReplyDelete