K ena namakan blog ni Penambat Kasih kerana sebagai seorang isteri n ibu untuk menawan hati suami n anak2 pastilah dengan menyenangkan hati mereka, menggembirakan mereka serta hehehe mengenyangkan perut mereka...betul tak.. So dalam blog ni k ena akan post kan resepi2 masakan yang menjadi kegemaran serta kesukaan mereka selama ini.....k ena hope sesiapa sahaja yg melawat blog ini akan mencuba resepi2 yg terdapat didalamnya kerana ianya sangatlah simple n mudah utk diikuti......SELAMAT MENCUBA!
Thursday, August 30, 2012
Bebola ketam goreng butter
sumber linakz
Bahan2
20biji bebola ketam digoreng n tos
Bhn tumis
2 tangkai daun kari - lurut ambil daunnya
2 ulas bwg putih - hiris
1 sdB serbuk kari ikan - (optional)
cili padi (ikut tahap kepedasan yg mampu) - hiris
garam & gula secukup rasa
Bhn telur
4 biji kuning telur
1/4 cwn minyak masak
100gm butter (jika suka boleh lebihkan)
3 sdB susu cair
Cara2
Pukul ringan kuning telur dgn susu cair
Panaskan minyak & masukkan butter- biar minyak benar2 hangat
TUTUP API . Dgn pantas, sebelah tangan memegang garpu/chopstick, membuat pusingan pada minyak
sebelah tangan pula mencurahkan aduan telur sedikit demi sedikit. Teruskan membuat pusingan hingga terbentuk tali2 telur. angkat dan tapiskan. - Ketepikan.
**sy buat process ni 2 kali krn adunan telur tu agak bnyk dan sy gunakan pan yg sedikit kecil.
Dengan kuali / pan yg sama goreng udang yg di perap tadi. Goreng sekejap, angkat dan letak di pinggan beralaskan paper towel. - ketepikan
Panaskan sedikit minyak, tumis bhn tumis hingga wangi, tmbhkan sedikit air jika perlu.
Masukkan udang tadi, gaul serata & tutup api.
Bila nk dihidangkan baru masukkan telur yg di goreng tadi.- kacau serata dan siap utuk dihidang.
Roti Boom Goreng berlada
Roti Boom Semalam
Cili masak
Cili api
Ikan bilis
Bawang besar
Bawang putih
Garam secukup rasa
Roti boom semalam digunting kasar...
Tumbuk cili, bawang n ikan bilis...tumis...masukkan garam n roti boom...kacau rata....:)
Kerabu Telur Asin
KERABU TELUR ASIN Resepi Sasha Rahmat
bahan2
4 biji telur asin - direbus
2 biji tomato - potong ikut suka
6 kcg botol - dibersihkan & di potong nipis
1 biji bwg besar hiris
6 ke 8 biji cili api ditumbuk dgn sedikit belacan -klu nk pedas boleh tambah lagi & jika x suka belacan boleh tukarkan kpd udang kering
1 btg serai dihiris
1 biji limau nipis - perah ambil jusnya
gula secukup rasa
cara2
didalam 1 mangkuk campurkan semua bahan kecuali telur asin
seratakan & cukupkan rasanya
telur asin dibelah 2 & klurkan dr kulitnya..belah 4 atau 6
campurkan telur asin ke dalam mangkuk yg berisi bahan2 lain tadi.
siap utk dihidang.
Wednesday, August 1, 2012
Cendawan Goreng
Cendawan Celup Tepung
Cendawan
Tepung nona crispy 1 kotak
Tepung gandum 3 sudu
Margerine 2 sudu dicairkan
garam sedikit
air
minyak untuk menggoreng
Campur semua...gaul n celup cendawan n goreng...
Sotong masak kicap
Sotong masak kicap
Sotong 1 mangkuk
A
Cili masak
bawang besar 1
halia 1 inci
daun bawang
B
kicap
garam
asam keping
Hiris bahan A...goreng sotong sebentar...masukkan bahan A...last sekali masikkan bahan B...
Dah siap...:)
Ayam goreng Cendawan Tiram..
Ayam ribs 5 keping dipotong kecil...
Cendawan Tiram..
Bawang besar 2 labu
bawang kecil 4 biji
bawang putih 3 biji
cili masak 2 biji
daun bawang
halia 2 inci 3 ketul dihiris
sos tiram
garam n kunyit serbuk
garam n serbuk perasa
Ayam setelah dicuci dgn tepung...digaram kunyit lalu digoreng...bila dh garing diangkat...sementara itu tumis semua bahan diatas yg telah siap dihiris masukkan garam n perasa serta sos tiram...kacau sebentar...akhir sekali masukkan ayam dan digaul rata...dh siap...hehehe
Otak-Otak Popiah
Otak-otak Popiah
Ikan Selayang 1 kilo
sedikit gula n garam
100g kelapa parut
200ml santan kotak
beberapa keping daun pisang
10 tangkai cili kering
4 biji buah keras
2cm kunyit hidup
4 biji bawang putih
1 labubawang besar
2cm lengkuas
1in belacan
Rebus ikan & kisar...buang tulang terlebih dahulu
Tumis cili kering yg di blender...campurkan semua...masukkan santan..garam n gula...masak hingga kering...
Sudu kan dalam kulit popiah n gulung mcm biasa...goreng...:)
Lala Goreng cili api & oyster sos
Tumbuk cili masak n cili api
Masukkan bawang merah 5 ulas n bawang putih 4 ulas
Tumis...masukkan lala n oster sos serta garam...ketuk serai...
Done!
Ikan Nyok nyok masak cuka..
Ikan dibersihkan potong, garam kunyitkan pastu goreng..
Bawang besar dan bawang putih dan halia dimayang...
Tumiskan bahan2 ini bersama satu sudu teh biji sawi sehingga wangi.
Masukkan air dan 2 sudu besar cuka dan sedikit gula serta garam.
Apabila mendidih masukkan bawang besar yg dibelah 4 atau dimayang, cili hidup atau cili api dan juga timun yg dipotong memanjang.
Last sekali..masukkan ikan yg telah digoreng tadi...biar didih dah siap...masakan ni dibiar semalaman mmg cun...
Ikan Kembung Rendam Air Asam
Ikan kembung rendam air asam
Ikan kembung
Asam jawa
Belacan
Bawang merah
Tomato
Cili Merah
Cili api
Garam
Gula
Rebus ikan sebentar...jangan lama sgt nnti keras...
Dalam mangkuk lain asam jawa diramas dengan belacan n air...masukkan bahan2 lain yg telah dihiris..
Nasi ulam style Kedah
NASI ULAM KEDAH RESEPI HAFIZAH YAHYA
3 cawan nasi panas
1 keping ikan tenggiri masin (di goreng dan leraikan)
4 sudu kerisik
ULAM-ULAMAN (Di hiris halus) – boleh di gunakan ulam lain juga
Ulam daun kaduk
Ulam daun selom
Ulam daun kesom
Ulam raja
Ulam daun kemangi
Ulam pucuk gajus
1 kuntum bunga kantan
Bahan2 tumbuk yang halus:
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah
Gaulkan nasi dengan ulam-ulaman yang di hiris halus, bahan-bahan tumbuk, kerisik dan isi ikan tenggiri masin. Tidak perlu di tambah garam kerana isi ikan tadi membangkitkan rasa masin.
Sambal Sotong Kering
Sotong kering direndam dlm air abu 1 sudu semalaman
a) Cili kering segenggam
b) Bawang besar 1 labu
c) Bawang putih
Blend a, b c...tumis...hingga masak n naik minyak...masukkan sotong, garam, gula dan asam jawa..
Dah siap...senang kan...:)
Subscribe to:
Posts (Atom)