500gm udang sederhana besar-buang kepala bole tak buang pun boleh...dan belah belakangnya
5 sudu besar butter
3 biji telur kuning-dipukul sedikit (jun guna 3 kuning dan 1 telur putih)
4 cili api-dipotong2
2 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
2 ulas bawang putih-dicincang
pepper, gula n garam
Mula2 panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang 1/2 masak. Angkat pastu ketepikan....tambah butter selebihnya, atas api sederhana, masukkan bawang putih pastu kacau lagi...
Masukkan telur then keep on stirring dgn garfu nanti dia akan jadi macam jurai2...
Masukkan juga daun kari, susu cair, cili api sambil kacau...last sekali masukkan udang dan kacau lagi hingga kering n garing...pastu bole lah dihidangkan pada keluarga...:)
Hmmm rasa nak masak pulak hari ni...
No comments:
Post a Comment