Thursday, August 30, 2012

Bebola ketam goreng butter




 sumber linakz

Bahan2
20biji bebola ketam digoreng n tos

Bhn tumis
2 tangkai daun kari - lurut ambil daunnya
2 ulas bwg putih - hiris
1 sdB serbuk kari ikan - (optional)
cili padi (ikut tahap kepedasan yg mampu) - hiris
garam & gula secukup rasa

Bhn telur
4 biji kuning telur
1/4 cwn minyak masak
100gm butter (jika suka boleh lebihkan)
3 sdB susu cair

Cara2
Pukul ringan kuning telur dgn susu cair
Panaskan minyak & masukkan butter- biar minyak benar2 hangat
TUTUP API . Dgn pantas, sebelah tangan memegang garpu/chopstick, membuat pusingan pada minyak
sebelah tangan pula mencurahkan aduan telur sedikit demi sedikit. Teruskan membuat pusingan hingga terbentuk tali2 telur. angkat dan tapiskan. - Ketepikan.
**sy buat process ni 2 kali krn adunan telur tu agak bnyk dan sy gunakan pan yg sedikit kecil.

Dengan kuali / pan yg sama goreng udang yg di perap tadi. Goreng sekejap, angkat dan letak di pinggan beralaskan paper towel. - ketepikan

Panaskan sedikit minyak, tumis bhn tumis hingga wangi, tmbhkan sedikit air jika perlu.
Masukkan udang tadi, gaul serata & tutup api.
Bila nk dihidangkan baru masukkan telur yg di goreng tadi.- kacau serata dan siap utuk dihidang.

Roti Boom Goreng berlada






Roti Boom Semalam
Cili masak
Cili api
Ikan bilis
Bawang besar
Bawang putih
Garam secukup rasa

Roti boom semalam digunting kasar...
Tumbuk cili, bawang n ikan bilis...tumis...masukkan garam n roti boom...kacau rata....:)

Kerabu Telur Asin



KERABU TELUR ASIN Resepi Sasha Rahmat
bahan2
4 biji telur asin - direbus
2 biji tomato - potong ikut suka
6 kcg botol - dibersihkan & di potong nipis
1 biji bwg besar hiris
6 ke 8 biji cili api ditumbuk dgn sedikit belacan -klu nk pedas boleh tambah lagi & jika x suka belacan boleh tukarkan kpd udang kering
1 btg serai dihiris
1 biji limau nipis - perah ambil jusnya
gula secukup rasa

cara2
didalam 1 mangkuk campurkan semua bahan kecuali telur asin
seratakan & cukupkan rasanya
telur asin dibelah 2 & klurkan dr kulitnya..belah 4 atau 6
campurkan telur asin ke dalam mangkuk yg berisi bahan2 lain tadi.
siap utk dihidang.

Wednesday, August 1, 2012

Cendawan Goreng




Cendawan Celup Tepung


Cendawan
Tepung nona crispy 1 kotak
Tepung gandum 3 sudu
Margerine 2 sudu dicairkan
garam sedikit
air
minyak untuk menggoreng

Campur semua...gaul n celup cendawan n goreng...

Sotong masak kicap




Sotong masak kicap

Sotong 1 mangkuk

A
Cili masak
bawang besar 1
halia 1 inci
daun bawang

B
kicap
garam
asam keping

Hiris bahan A...goreng sotong sebentar...masukkan bahan A...last sekali masikkan bahan B...

Dah siap...:)

Ayam goreng Cendawan Tiram..




Ayam ribs 5 keping dipotong kecil...
Cendawan Tiram..
Bawang besar 2 labu
bawang kecil 4 biji
bawang putih 3 biji
cili masak 2 biji
daun bawang
halia 2 inci 3 ketul dihiris
sos tiram
garam n kunyit serbuk
garam n serbuk perasa

Ayam setelah dicuci dgn tepung...digaram kunyit lalu digoreng...bila dh garing diangkat...sementara itu tumis semua bahan diatas yg telah siap dihiris masukkan garam n perasa serta sos tiram...kacau sebentar...akhir sekali masukkan ayam dan digaul rata...dh siap...hehehe

Otak-Otak Popiah




Otak-otak Popiah

Ikan Selayang 1 kilo
sedikit gula n garam
100g kelapa parut
200ml santan kotak
beberapa keping daun pisang

10 tangkai cili kering
4 biji buah keras
2cm kunyit hidup
4 biji bawang putih
1 labubawang besar
2cm lengkuas
1in belacan

Rebus ikan & kisar...buang tulang terlebih dahulu
Tumis cili kering yg di blender...campurkan semua...masukkan santan..garam n gula...masak hingga kering...
Sudu kan dalam kulit popiah n gulung mcm biasa...goreng...:)

Lala Goreng cili api & oyster sos



Tumbuk cili masak n cili api
Masukkan bawang merah 5 ulas n bawang putih 4 ulas
Tumis...masukkan lala n oster sos serta garam...ketuk serai...

Done!

Ikan Nyok nyok masak cuka..




Ikan dibersihkan potong, garam kunyitkan pastu goreng..
Bawang besar dan bawang putih dan halia dimayang...

Tumiskan bahan2 ini bersama satu sudu teh biji sawi sehingga wangi.
Masukkan air dan 2 sudu besar cuka dan sedikit gula serta garam.
Apabila mendidih masukkan bawang besar yg dibelah 4 atau dimayang, cili hidup atau cili api dan juga timun yg dipotong memanjang.
Last sekali..masukkan ikan yg telah digoreng tadi...biar didih dah siap...masakan ni dibiar semalaman mmg cun...

Ikan Kembung Rendam Air Asam




Ikan kembung rendam air asam

Ikan kembung
Asam jawa
Belacan
Bawang merah
Tomato
Cili Merah
Cili api
Garam
Gula

Rebus ikan sebentar...jangan lama sgt nnti keras...
Dalam mangkuk lain asam jawa diramas dengan belacan n air...masukkan bahan2 lain yg telah dihiris..

Nasi ulam style Kedah



NASI ULAM KEDAH RESEPI HAFIZAH YAHYA
3 cawan nasi panas
1 keping ikan tenggiri masin (di goreng dan leraikan)
4 sudu kerisik

ULAM-ULAMAN (Di hiris halus) – boleh di gunakan ulam lain juga
Ulam daun kaduk
Ulam daun selom
Ulam daun kesom
Ulam raja
Ulam daun kemangi
Ulam pucuk gajus
1 kuntum bunga kantan
Bahan2 tumbuk yang halus:
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah

Gaulkan nasi dengan ulam-ulaman yang di hiris halus, bahan-bahan tumbuk, kerisik dan isi ikan tenggiri masin. Tidak perlu di tambah garam kerana isi ikan tadi membangkitkan rasa masin.

Sambal Sotong Kering






Sotong kering direndam dlm air abu 1 sudu semalaman
a) Cili kering segenggam
b) Bawang besar 1 labu
c) Bawang putih

Blend a, b c...tumis...hingga masak n naik minyak...masukkan sotong, garam, gula dan asam jawa..
Dah siap...senang kan...:)

Sunday, May 27, 2012

Foccacia




Bahan-bahan

260 ml air
500 gm strong bread flour
6 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
1 biji telur
3 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung susu
1 paket yis beratnya 11 gm

Topping
Olive oil
Rosemary
Oregano
Salt & Pepper


Cara-cara

1. Gaul semua bahan dan uli (lebih senang jika uli dengan machine) lebih kurang 15 -30 minit.
2. Biarkan doh naik 1 jam
3. Canaikan dalam dulang pembakar
4. Biarkan naik pada suhu 40 darjah selama 20 minit
5. Oleskan dengan campuran olive oil, black pepper, salt, rosemary n oregano diatasnya..
6.Bakar pada suhu 165 darjah selama 20 minit.

Roti Kelapa



Minggu lepas k ena banyak meroti...mmg tak pandai...1st attempt mmg keras...mungkin k ena tak pandai follow resepi...resepi ni kawan suruh ambil di internet...alhamdulillah menjadi n hati k ena sangat berbunga..hehehhe

Ini resepinya....

Bahan-bahan

260 ml air
500 gm strong bread flour
6 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
1 biji telur
3 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung susu
1 paket yis beratnya 11 gm
Inti Kelapa


Cara-cara

1. Gaul semua bahan dan uli (lebih senang jika uli dengan machine) lebih kurang 15 -30 minit.
2. Biarkan doh naik 1 jam
3. Canaikan. Boleh bulat2...timbang 50gn setiapnya...masukkan inti kelapa.
4. Biarkan naik pada suhu 40 darjah selama 20 minit
5. Oleskan dengan kuning telur dgn sedikit susu n tabur kelapa diatasnya..
6.Bakar pada suhu 165 darjah selama 20 minit.

Cara membuat inti kelapa
Kelapa parut
Gula merah
Daun pandan
Sedikit garam
Sedikit air utk larutkan gula merah

Masak semua hingga kering

Kangkung Goreng Belacan



Kangkong
Cili masak
Udang kering
Sedikit belacan
Bawang besar
Bawang putih
Garam

Tumbuk cili, udang kering, belacan,  bawang besar, bawang putih...tumis bahan tumbuk...masukkan garam n kangkung...kacau rata...dah siap..:)

Ayam Masak Merah Style Perak




Masak merah ayam

Ayam
Cili kering
Serai
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Santan
Garam
Tomato sos

Ayam goreng setengah masak...Blend semua...tumis...sampai garing....masukan ayam, santan tomato sos n garam...didihkan...dah siap..:)

Lettuce Ikan Masin



Lettuce
Ikan Masin
Bawang putih
Oyster sos
Bancuhan tepung jagung

Tumis bawang putih...masukan ikan masin n goreng sebentar...pstu masukkan bahan2 lain...kacau rata...dah siap...:))

Friday, May 25, 2012

Asam pedas ikan tenggiri



Asam pedas resepinya sama...k ena masukkan sekali lg sbb k ena tukar ikannyer hehehe...


A) Ikan Tenggiri

B) Bahan Blender
Cili kering segenggam yg siap direbus
Halia 1 inci
Kunyit hidup 1 inci
Bawang besar 1 labu
Bawang putih 5 ulas

C) Asam jawa paste 1/2 sudu teh
Garam secukup rasa
Sesedap rasa sedikit

D) Bendi )
Terung )
Bunga kantan) sebagai hiasn
Daun kesum )

Tumis B bahan blender...hingga garing...masukkan bahan C...pastu masukkan A, and D...masak hingga mendidih....dah siap

Pea Sprout Ikan Masin


Sayur ni kesukaan k ena...tambah pulak ada ikan masin...setiap hari k ena masak sayur...anak2 k ena memilih sayur bukan semua sayur mereka suka...tp tak apalah nak masak sayur yg sama setiap hari...jemu pula nanti....

Sayur ni

Pea Sprout 1 peket
Ikan masin tenggiri jeruk sedikit
Bawang putih
Oyster sos
Garam

K ena ketuk bawang...tumis...masukkan ikan masin goreng sebentar...pastu masukkan oyster sos n sedikit garam...go easy on the garam k sbb ikan masin n oyster sos dah masin...last sekali masukkan sayur...goreng n kacau rata...dah siap...bole lah hidang...:))

Wednesday, May 23, 2012

Pucuk Paku Goreng Belacan


 


Hmmm in fav k ena...hari2 pun tak apa...
Pucuk paku
Cili Merah
Cili Api
Udang Kering
Bawang besar
bawang putih
belacan
garam

Tumbuk cili, udang kering dua jenis bawang dgn belacan...tumis..masukkan garam n last sekali sayur...gaul rata...sedapppppp!!!!

Air Kasturi Asam Boi


Musim2 panas kalau dapat air ni mmg heaven hehehheh



Rendam 2 biji asam boi dlm air panas secawan
Perah limau kasturi 5 biji
Tak perlu gula sbb masam2 tu sedap hehehhe



Gulai Lemak Cili Api Mussels


Anak2 teringin makan mussels...buat ni pun jalannn hehehhe




Mussels
Cili Api
Kunyit hidup
Santan
Garam
Kuib ikan bilis
Asam keping
Serai
Kentang

Tumbuk cili, kunyit...
Masukkan mussels,
Masukkan santan, garam, serai, asam keping serta kentang...didihkan...

Sunday, May 20, 2012

Salad Crab Meat n Chickpea


Sesekali teringin makan salad...yg simple2 pun jadilah...yg ni k ena buat sbb k ena suka kacang kuda n k ena juga suka isi ketam...

Isi ketam k ena kukus dahulu
Kacang Pea *kimball
Cili api
Perahan Limau nipis
Bawang besar hiris
Garam n sedikit gula

Gaul semua sekali...done! dah bole makan hehhee

Sayur Petola



Sesekali makan sayur ni sedap juga....kalo badan panas sedap juga makan sayur2 sejuk nih....

Petola
Suun
Ikan bilis
Bawang besar
Cili masak 1 biji
Bawang putih
Garam

Petola dihiris setelah buang kulitnya..pastu tumislah bawang2 yg dihiris berserta dgn ikan bilis...pastu masukkan suun yg direndam terlebih dahulu...las sekali petola...kacau rata...

Hmmm kena nasi panas...sedappp

Masak Lemak Cili Api Udang




Udang
Cili api 20biji
Kunyit hidup
Santan
Timun Ladang
Garam
Asam keping

Tumbuk cili api n kunyit...masukkan udang, timun ladang n santan...masak hingga mendidih masukkan garam n asam keping....dah siap..

Sambal Bacang



Makan nasi tengahari kalau takder sambal memang tak sah...
Ini sambal bacang yg k ena minta iada menantu k ena buat...
Cili merah 5 biji
Cili api 5 biji
Bacang masak 1 biji
Belacan
Garam

Tumbuk cili n belacan masukkan garam n masukkan bacang yg dicincang...sedapppp..

Sunday, May 6, 2012

Gulai Lemak Cili Api Sotong






Sotong
Telur scramble
Cili Api
Kunyit hidup
Santan
Garam
Kuib ikan bilis
Asam keping
Serai
Kentang

Tumbuk cili, kunyit...
Masukkan sotong yang isinya telur scramble dan disematkan dgn toothpick.
Masukkan santan, garam, serai, asam keping serta kentang...didihkan...

Holiday in Perth 2012

First time pergi Perth...alhamdulillah trip sangat2 menyeronokkan...tambahab pula ada kawan2 yang sudi menemani k ena berjalan2 di Perth...
Meeting local people jalan kemana kita suka...tidak terikat dengan mana2 agent...best sgt...k ena dapat kenal dgn org melayu singapura yang tinggal di Perth ini....sampai saja di Perth kawan k ena ita datang ambil...baik sungguh ita seawal jam 5am ita dh ada di airport tunggu k ena n hubby...



Malam2 jalan2 untuk makan malam terjumpa pemain badminton negara tahun 80an Razif Sidek dan keluarga..seronok sangat bersembang sambil tangkap gambar...lupa pula nak ambil fon number hehehehe...

The next day k ena pergi jalan2 dengan haniza kawan fb k ena...alhamdulillah suami n anak2nya sangat mesra buat k ena n suami tak kekok langsung...tq niza for being a good host!!


The next day k ena naik boat ker Freemantle...jalan2 berduan dengan hubby di freemantle sangat2 membahagiakan...bukan selalu berdua hehhee

Makan fish n chips n baramundi fuh sedap sangat hingga menjilat jari hehhehe


Dari Freemantle k ena naik train balik ke Perth untuk ke Mandurah...untuk pergi ke rumah niza...lepak dirumah niza...malam nya pergi makan cilli mussels...sedap sangat...k ena overnite dirumah niza...esoknya bertolak balik ke Perth untuk check out hotel..

Sebelum kerumah ita untuk transit sebelum pergi ke airport seawal 5am untuk terbang balik...k ena makan fish n chips sekali lagi...:)
 Seronok sangat...insyaAllah nak pergi lagi dengan bawa anak2 pula...:)

Saturday, May 5, 2012

Sheppard Pie


Sheppard pie ni 1st time k ena buat...mmg tak percaya menjadi hehehe...anak suka n hubby pun suka cuma katanya kalau pedas lagi ummph...
Resepi ni kawan k ena Datin Kamalia yang bagi tapi as usual k ena ikut kepala sendiri hehhe

Resepi yg k ena derhaka kan hehhhe

Intinya...

Daging cincang
Bawang besar
Bawang putih
Lada hitam
Cendawan butang
Carrot
Garam
Tepung gandum untuk likatkan
n jgn lupa cili api untuk pedaskan...(tekak orang melayu lah katakan hehehe)

Untuk Topping
Kentang oversea yg lembut n besar2 tu 5 biji (Rebus dahulu )
Garam
Susu cair
Telur 2 biji atau cheese
Serbuk buah pala/nutmeg

Cara2nya...

Bawang k ena tumis...masuk daging cincang, lada hitam, garam, kuib ayam, sayur n air..pastu simmer...k ena masukkan tepung untuk likatkan...

Cara untuk topping
Dalam food processor k ena blend kentang dengan telur atau cheese, susu cair, serbuk buah pala n garam..
Bila dah smooth...sendukkan layer by layer...atas sekali kentang n gris dgn telur...bakar sehingga kekuningan...hidang panas2...:)

Wednesday, April 25, 2012

Gulai Lemak Daun Soh/pucuk Salang dengan ubi keledek purple



Sekali tengok mcm tak percaya masakan ni jadi warna unggu...daun ni k nana kawan fb k ena bagi...k nana ajar masak lemak putih sahaja...k ena yang saja2 masukkan keledek unggu...sbb tu warnanya bertukar...menarik juga heheheh..

Pucuk Salang/Daun Soh
Santan
Ikan bilis
Bawang besar 1/2 labu
Keledek putig/merah/unggu
Cili Merah
Garam
Sesedap rasa

Masukkan keledek dlm santan, masukkan ikan bilis dan bawang jerang diatas api hingga ubi empuk...pastu masukkan sayur dan garam serta sesedap rasa....senang kan...:)

26th Anniversary in Beijing~7 Wonders of The World






Alhamdulillah this year k ena n hubby sambut anniversary yang ke 26 di Beijing..the best things is on the 10th which is k ena nyer anniversary date k ena climb the Great Wall of China n k ena letak kunci di atas one of the railing kat Great Wall...the weather was beautiful walaupun sedikit sejuk...we had a great time together...hope more anniversary k ena dapat sambut bersama...k ena terlalu happy...semoga Allah berkati kehidupan k ena suami isteri hingga ke akhir hayat kami berdua...aminnn

Santan Durian




Durian 5 ulas
Gula merah yg timbang 200gm
Santan pekat 1 paket
Sedikit garam
Daun pandan
Tepung jagung 1 sudu untuk pekat..

Masukkan semua dlm periuk...masukkan air...ramas duriannyer...las sekali masukkan tepung jagung...sedap dimakan dengan pulut atau roti..

Kari Ikan Tenggiri





Hari ni k ena masak kari ikan untuk makan tengahari....
Ikan tenggiri dipotong keping
bawang besar 1 labu
bawang putih 4 biji
rempah ikan 3 sudu *alagapas dicampur air jadikan paste
halba campur 1/2 sudu kecil
daun kari
asam jawa
santan
garam n sesedap rasa

K ena nyer style of cooking mmg senang...k ena chopped bawang2
mula2 panaskan minyak masukkan halba campur
tumis bawang merah n putih hingga garing
masukkan paste rempah ikan masak hingga naik minyak
masukkan santan, ikan, asam jawa, garam n sesedap rasa..
last sekali masukkan sayur utk hiasan spt bendi, tomato n terung...

Happy Cooking!

Ayam goreng senang giler



Zharif dah form 5 sekarang ni...selalu balik sekolah lambat...zharif is a person yg makan tak memilih...apa jer k ena masak dia akan makan...kalau agak2 dia tgk tak berkenan dihatinya...selalunya kalau tak ada ayamlar...kalau ada dia ok...dia akan grill sendiri nugget...makan dengan nasi n kicap...ini menu dia dari kecil....so kelmarin masa k ena masak gulai telur itik...k ena gorengkan dia ayam...:)

Masakan ni kalau tak tau hehehhe terkejut mak mertua kut...hehhehehe

Ayam
Kunyit
Garam
Sesedap rasa...itu jer..

Gaul semua lepas ayam dicuci...dah siap..:)

Tuesday, April 24, 2012

Air Limau Kasturi Asam Boi


Hmmm bulan puasa nanti bolelah cuba2 kan...sekarang pun mcm musim summer di Malaysia hehehhe



Rendam 2 biji asam boi dlm air panas secawan
Perah limau kasturi 5 biji
Tak perlu gula sbb masam2 tu sedap hehehhe

Monday, April 23, 2012

Ikan keli goreng berlada



Dah lama k ena tak masak ikan keli...kadang2 malas hehhee...hari ni terlebih rajin...so masaklah lauk kegemaran husband k ena...
Lain orang lain stylenyer...
Style k ena

Ikan keli 4 ekor
Cili Masak 2 biji
Cili api hijau 5 biji
Kunyit hidup 1/2 inci
Bawang besar 1 labu
Bawang putih 5 ulas
Garam
Sesedap rasa

Apa yang k ena buat leps basuh ikan..k ena rendam dlm asam n tepung untuk hilangkan hanyirnya...k ena mmg buang  kepala..:)...
Terlebih dahulu goreng ikan keli...hati2 ya nnti meletup...so coverlah kualiu tu..
Tumis cili masak, cili api, bawang n kunyit yang ditumbuk...masukkan garam n sesedap rasa..
Last sekali tuang atas ikan keli tadi...:)

Dah siap..:)

Sesedap rasa