Monday, July 4, 2011

Paella Spanish Cuisine




Dari Morocco k ena, hubby n friends menyeberangi the Straits of Gibraltar ke Sepanyol....kalau tengok dari muka buminya mcm sama...di Morocco ada kebun zaitun...di Spain juga ada...sepanjang perjalanan kita akan jumpa patung billboard El Toro...seekor lembu jantan yg besar yg menjadi kebanggaan org2 Spain...makanan halal amat susah di Spain...mmg merana kalau tak bawa bekalan seperti magie, berahim, tuna spread...akhirnya jumpalah masakan ciri khas org2 Spanish yg namanya paella...iaitu nasi yg dicampur sekali dgn seafood....sebenarnya ada mcm2 tapi k ena n hubby pilih yg seafood....mmg sedap...:)


inilah el toro yg k ena ceritakan tadi.

Resepi ni k ena ambil dari internet...hope kita bole sama2 cuba...rasanyer masa k ena makan mmg sedap tambah pula cili api kecil yg pedas giler tu dipicit2...mmg terasa bahang kepedasannyer...

3 cawan Beras basmati
2 liter stok (sayuran, ikan atau ayam)
Semangkok siput, udang, sotong utk seafood atau nak digantikan dgn 1 ekor ayam 1.5 kg di potong 12 pun bole
1 cawan minyak zaitun
3 lada bengala di dadu
6 biji tomato di dadu
1 batang lobak merah di dadu
satu bungkus/tin buah peas
5 biji bawang merah di dadu
Secubit saffron
1 sudu kunyit
2 sudu jintan halus
2 sudu jintan kasar
Sedikit biji pala di kisar
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
1 bunga lawang
5 cengkeh
Garam
Lada puteh dan hitam

Gunakan kuali paella kalau ada. Kalau takda bolehlah gunakan periok biasa. Pijarkan minyak. Masukkan all seafoods or ayam . Biarkan sebentar sambil kacau pastu masukkan tomato dan saffron. Masukkan pula beras dan gaul dengan bahan tadi. Masukkan stok sedkit demi sedikit. Masukkan bahan rempah dan gaul selalu. Biar air kering dan nasi sudah nampak lembut (iaitu kira-kira 45 minit) masukkan sayuran. Masak lagi untuk 10 minit.


Cuba lah ek...k ena pun nak cuba masa bulan puasa nanti....:)

No comments:

Post a Comment