Sunday, May 16, 2010

Rendang Kerang


Rendang kerang selalunya k ena masak bila raya haji...maklum saja raya haji banyak daging korban so mmg agak puas lah makan daging...so k ena selalu prepare rendng kerang untuk bawa balik kampung kuala pilah rumah hubby k ena....

kerang k ena sediakan 5 kilo
bawang merah 20 ulas
bawang putih 10 ulas
halia 3 inci
kunyit 3 inci
santan 1 kilo
cili kering 1 genggam
daun kunyit 1 ikat
kerisik 2 sudu
Asam keping 2
garam secukup rasa

Kerang dicusi n direbus tanpa air bila dah masak sejukkan n kopek
cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit di blender
tumis bahan blender...masak sebentar...masukkan santan, kerisik, asam keping n garam...masak hingga pekat....masukkan kerang n hirisan daun kunyit....suka hatilah kalau nak kering atau berkuah...
Sedap dimakan dengan nasi biasa, nasi lemak, ketupat atau lemang....


No comments:

Post a Comment