K ena namakan blog ni Penambat Kasih kerana sebagai seorang isteri n ibu untuk menawan hati suami n anak2 pastilah dengan menyenangkan hati mereka, menggembirakan mereka serta hehehe mengenyangkan perut mereka...betul tak.. So dalam blog ni k ena akan post kan resepi2 masakan yang menjadi kegemaran serta kesukaan mereka selama ini.....k ena hope sesiapa sahaja yg melawat blog ini akan mencuba resepi2 yg terdapat didalamnya kerana ianya sangatlah simple n mudah utk diikuti......SELAMAT MENCUBA!
Monday, May 10, 2010
Kuah Dalca Daging
semangkok daging
3 biji ubi kentang
5 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 cawan kacang dhal.....rebus lembut
4 biji cili hijau
2 biji cili hijau
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji terung bulat
2 cawan santan
3 sudu rempah daging alagapas
1 sudu kecil paste asam jawa
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] hiriskan
3 cm halia ]
1 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Potong daging dan bersihkan dgn tepung....belah 4 kentang,tomato, bawang besar dan terung.
Potong kacang panjang sepanjang dlm 2 inci....panaskan minyak..tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi. Masukkan rempah kari daging yg dijadikan paste dan biarkan sehingga naik minyak...
Masukkan daging dan santan secukup.
Renehkan sehingga lembuk/empuk.
Masukkan kacang dhal yg direbus n toskan tadi dan semua sayur yang dipotong.
Kacau lagi hingga mendidih dan kentang empuk.
Masukkan garam n sesedap rasa
Masukkan cili merah n cili hijau sebiji-sebiji.
Renehkan sehingga naik minyak lagi.
Sedap dimakan dengan nasi beriani, roti canai n murtabak..
Selamat Mencuba!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kak ena..sajian ni tuk berapa org makan yer...takot kalo buat tuk 2 org terbyk plak...
ReplyDeletesalam eda...ini just nice for family k ena..eda kurangkan lah..tapi buat byk pun bole sedekah...dapat pahala kan...;-)
ReplyDelete