K ena namakan blog ni Penambat Kasih kerana sebagai seorang isteri n ibu untuk menawan hati suami n anak2 pastilah dengan menyenangkan hati mereka, menggembirakan mereka serta hehehe mengenyangkan perut mereka...betul tak.. So dalam blog ni k ena akan post kan resepi2 masakan yang menjadi kegemaran serta kesukaan mereka selama ini.....k ena hope sesiapa sahaja yg melawat blog ini akan mencuba resepi2 yg terdapat didalamnya kerana ianya sangatlah simple n mudah utk diikuti......SELAMAT MENCUBA!
Monday, May 10, 2010
Murtabak
Murtabak mmg kesukaan Fahim anak no 3 k ena...kalau bulan ramadhan murtabak mesti dibelinya hari2 naik juling mata makannya heheheh...k ena pernah tengok kawan k ena Zanabung buat sendiri murtabak ni...bagi k ena yang kira tak kuranglah rajinnya ni amatlah tak berbaloi nak buat sendiri hehehe so beli lagi ok dari buat sendiri...kalau ada yang nak buat k ena salute sangat...kalau ada yang rajin tu post lah kat k ena ni k..tapi kan masa k ena kat UK dulu k ena buat sendiri roti canai...tapi masa tu tak pulak teringin nak buat murtabak..
Satu lagi kan kalau beli kita hanya dapat banyak bawang n telur...kalau buat sendiri dapatlah daging n ayam yg padat....
K ena ambil resepi ni dari internet...terima kasih yer dia atas sumbangan resepi ni....
Bahan inti:
350 gram daging kisar
100 gram bawang besar
100 gram bawang putih
100 gram serbuk kari daging
½ cawan minyak masak
5 biji telur ayam – dipukul sedikit
1 sudu kecil garam
Sedikit daun kari
Bahan doh:
1 kg tepung gandum
350 ml air
150 gram marjerin
100 gram minyak masak
2 biji telur ayam
½ sudu kecil garam
Cara penyediaan:
Untuk doh; bancuh telur garam dan air. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diadun sehingga sebati. Tutup adunan dengan kain bersih. Perap selama 10 minit supaya tepung naik.
Bentukkan adunan menjadi bebola seberat 60 gram. Sapukan marjerin. Perap lagi selama 3 jam.
Untuk inti; panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih, bawang besar, daging cincang dan serbuk kari. Masukkan garam dan daun kari. Kacau hingga sedikit kering. Masukkan telur dan gaul rata.
Tebar bebola tepung hingga nipis dan kembang. Tuangkan inti di tengah dan lipat bentuk empat segi.
Panaskan kuali nipis dan sapukan minyak masak. Goreng murtabak sebahagian demi sebahagian sehingga masak.
Sedap disajikan bersama kuah kari atau jeruk bawang merah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment