K ena namakan blog ni Penambat Kasih kerana sebagai seorang isteri n ibu untuk menawan hati suami n anak2 pastilah dengan menyenangkan hati mereka, menggembirakan mereka serta hehehe mengenyangkan perut mereka...betul tak.. So dalam blog ni k ena akan post kan resepi2 masakan yang menjadi kegemaran serta kesukaan mereka selama ini.....k ena hope sesiapa sahaja yg melawat blog ini akan mencuba resepi2 yg terdapat didalamnya kerana ianya sangatlah simple n mudah utk diikuti......SELAMAT MENCUBA!
Friday, July 16, 2010
Nasi Goreng Kak Ena
Ini nasi goreng k ena...hehehehhe
Selalunya k ena akan gunakan 2 bahan terpenting dalam buat nasi goreng...ikan bilis n udang kering..
jadi k ena ambil 1 mangkuk nasi
1 genggam ikan bilis
2 jemput udang kering
cili api ikut pedas
bawang merah 3 ulas
bawang putih 2 ulas
daun limau purut sejemput
1/2 sudu marjerin
garam
sesedap rasa
minyak utk menumis
utk hiasan
salad
timun
tomato
keropok
telur mata lembu
Apa yg k ena buat...k ena tumbuk cili api dengan ikan bilis n udang kering...tumbuk sekali bawang merah n bawang putih...
Tumis bahan diatas...kacau sebentar...masukkan nasi n gaul rata...masukkan garam n sesedap rasa...gaul lg...pastu campakkan 1/2 sudu marjerin lalu di kacau rata....
nasi goreng ni dah betul masak bila butir nasinya melompat2.....masukkan hirisan daun limau purut...dh siap..
kalau tak ada daun limau purut daun sup pun ok...
Cubalah ek....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment