K ena namakan blog ni Penambat Kasih kerana sebagai seorang isteri n ibu untuk menawan hati suami n anak2 pastilah dengan menyenangkan hati mereka, menggembirakan mereka serta hehehe mengenyangkan perut mereka...betul tak.. So dalam blog ni k ena akan post kan resepi2 masakan yang menjadi kegemaran serta kesukaan mereka selama ini.....k ena hope sesiapa sahaja yg melawat blog ini akan mencuba resepi2 yg terdapat didalamnya kerana ianya sangatlah simple n mudah utk diikuti......SELAMAT MENCUBA!
Friday, July 16, 2010
Kari Laksa
Resepi yg k ena bagi ni resepi kawan k ena k ani....yg k ena herankan makanan ni asasnya mee tapi dipanggil laksa...tapi apa2 pun ianya mmg sedap sesuai utk berbuka puasa n open hse...puasa n raya dh nk dtg kan..
ok apa yg diperlukan...
600 gm mi kuning (dicelur)
1 mangkuk tauge
1 mangkuk sawi cina
5 biji tauhu pop
1 peket fish cake (dihiris)
1kilo santan pekat
udang ikut suka byk mana
ayam hiris
4 sudu rempah kari ayam
4 batang serai (diketuk)
5 kuntum buah pelaga
10 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk besar air rebusan ayam
minyak utk menumis
sesedap rasa
utk hiasan daun pudina
Cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia di blender...tumis dlm minyak panas hingga naik bau.
asukkan rempah kari, serai dan buah pelaga dan tumis hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
tambah kan air rebusan ayam pastu masukkan santan pekat, bahan perasa, tauhu pop, fish cake, udang dan ayam...biar mendidih...makan bersama mee yg dicelur tadi dgn tauge dan sawi yang telah dicelur.
Hias dengan daun pudina....
Sedapppp heehhehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment