K ena namakan blog ni Penambat Kasih kerana sebagai seorang isteri n ibu untuk menawan hati suami n anak2 pastilah dengan menyenangkan hati mereka, menggembirakan mereka serta hehehe mengenyangkan perut mereka...betul tak.. So dalam blog ni k ena akan post kan resepi2 masakan yang menjadi kegemaran serta kesukaan mereka selama ini.....k ena hope sesiapa sahaja yg melawat blog ini akan mencuba resepi2 yg terdapat didalamnya kerana ianya sangatlah simple n mudah utk diikuti......SELAMAT MENCUBA!
Saturday, March 13, 2010
Roti Jala
Monday yang lepas k ena g tadarus di rumah ex menteri...selalunya lepas tadarus akan ada jamuan kecil n adalah beberapa juadah yg disediakan....salah satu hidangannya roti jala n kari daging....gambar yg k ena ambil ni adalah gambar masa jamuan tu....sorrylah gambar tak menarik...
selalunya k ena buat roti jala mcm nie...yg ni can never go wrong...ini kawan k ena yg ajar...
resepinya
1/2 kilo tepung
1/2 gelas susu cair
2 gelas air
2 biji telur
perwarna kuning atau sedikit kunyit
satukan semua dlm mangkuk kalau pekat tambah air...lepastu blenderkan n tapis...k ena rasa semua tahu mcm mana nak melenggang atas kuali nipis kan...sbb nk tunjuk kat sini k ena kena upload video lah pulak hehehe.....
utk kari daging
satu mangkuk daging yg dh dihiris
2 sudu rempah daging
bawang kecil 4 ulas)
bawang putih 3 ulas) ditumbuk
halia 1 inci )
santan 1 cawan
asam keping atau asam jawa
garam n seasoning
kentang potong dadu
tumis bahan tumbuk dgn daun kari dlm minyak yg panas...biar garing masukkan rempah kari yg dicampur air...jadikan paste dulu...biar sampai naik minyak...masukkan daging....masukkan air biar sebentar agar daging lembut, masukkan santan, garam n kentang...seasoning...n didihkan...
roti jala ni bole makan waktu bila pun...kdg2 k ena buat makan malam...caya tak??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment