K ena namakan blog ni Penambat Kasih kerana sebagai seorang isteri n ibu untuk menawan hati suami n anak2 pastilah dengan menyenangkan hati mereka, menggembirakan mereka serta hehehe mengenyangkan perut mereka...betul tak.. So dalam blog ni k ena akan post kan resepi2 masakan yang menjadi kegemaran serta kesukaan mereka selama ini.....k ena hope sesiapa sahaja yg melawat blog ini akan mencuba resepi2 yg terdapat didalamnya kerana ianya sangatlah simple n mudah utk diikuti......SELAMAT MENCUBA!
Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts
Friday, August 15, 2014
Grill Salmon
Grill salmon
ini sangat senang..anak n hubby sangat suka..apa yg k ena buat
Marinate dengan bahan2 ini selama 2 jam...
gula merah 3 sudu
kicap 1/4 cawan
2 sudu sesame oil
bawang putih 3 ulas
garam sedikit sahaja sbb kicap dh masin
atas kuali spray olive oil n masak n balik balik kan....
senang kannnn...:)
Thursday, December 5, 2013
Ikan Cencaru Sumbat
Ikan cencaru
Blend bawang besar, putih n buah keras
Campurkan dlm 3 sudu cili boh tambah -asam jawa paste 1/2 sudu..letak garam n gula..masukkan kat belakang ikan...
Dalam pemangang ajaib letak daun pisang..letak ikan yg telah disumbat n letak minyak sikit...masak sambil balik2 kan..
Friday, May 25, 2012
Asam pedas ikan tenggiri
Asam pedas resepinya sama...k ena masukkan sekali lg sbb k ena tukar ikannyer hehehe...
A) Ikan Tenggiri
B) Bahan Blender
Cili kering segenggam yg siap direbus
Halia 1 inci
Kunyit hidup 1 inci
Bawang besar 1 labu
Bawang putih 5 ulas
C) Asam jawa paste 1/2 sudu teh
Garam secukup rasa
Sesedap rasa sedikit
D) Bendi )
Terung )
Bunga kantan) sebagai hiasn
Daun kesum )
Tumis B bahan blender...hingga garing...masukkan bahan C...pastu masukkan A, and D...masak hingga mendidih....dah siap
Wednesday, April 25, 2012
Kari Ikan Tenggiri
Hari ni k ena masak kari ikan untuk makan tengahari....
Ikan tenggiri dipotong keping
bawang besar 1 labu
bawang putih 4 biji
rempah ikan 3 sudu *alagapas dicampur air jadikan paste
halba campur 1/2 sudu kecil
daun kari
asam jawa
santan
garam n sesedap rasa
K ena nyer style of cooking mmg senang...k ena chopped bawang2
mula2 panaskan minyak masukkan halba campur
tumis bawang merah n putih hingga garing
masukkan paste rempah ikan masak hingga naik minyak
masukkan santan, ikan, asam jawa, garam n sesedap rasa..
last sekali masukkan sayur utk hiasan spt bendi, tomato n terung...
Happy Cooking!
Monday, April 23, 2012
Ikan keli goreng berlada
Dah lama k ena tak masak ikan keli...kadang2 malas hehhee...hari ni terlebih rajin...so masaklah lauk kegemaran husband k ena...
Lain orang lain stylenyer...
Style k ena
Ikan keli 4 ekor
Cili Masak 2 biji
Cili api hijau 5 biji
Kunyit hidup 1/2 inci
Bawang besar 1 labu
Bawang putih 5 ulas
Garam
Sesedap rasa
Apa yang k ena buat leps basuh ikan..k ena rendam dlm asam n tepung untuk hilangkan hanyirnya...k ena mmg buang kepala..:)...
Terlebih dahulu goreng ikan keli...hati2 ya nnti meletup...so coverlah kualiu tu..
Tumis cili masak, cili api, bawang n kunyit yang ditumbuk...masukkan garam n sesedap rasa..
Last sekali tuang atas ikan keli tadi...:)
Dah siap..:)
Sesedap rasa
Thursday, April 19, 2012
Asam Pedas Ikan Jenahak
Selalunya k ena buat asam pedas ikanpari..tapi hubby k ena ni entah kenapa dia cukup tak suka ikan pari...jadi k ena terpaksa tukar ikan lain, ikan tongkol ker, tenggiri ker, kembung ker n yang ini ikan jenahak...:)
Asam pedas ikan jenahak
A) Ikan jenahak
B) Bahan Blender
Cili kering segenggam yg siap direbus
Halia 1 inci
Kunyit hidup 1 inci
Bawang besar 1 labu
Bawang putih 5 ulas
C) Asam jawa paste 1/2 sudu teh
Garam secukup rasa
Sesedap rasa sedikit
D) Bendi )
Terung )
Bunga kantan) sebagai hiasn
Daun kesum )
Tumis B bahan blender...hingga garing...masukkan bahan C...pastu masukkan A, and D...masak hingga mendidih....dah siap
Wednesday, April 18, 2012
Goreng Berlada Ikan Talapia
2 ekor ikan talapia disiap goreng dgn garam & kunyit
Cili merah 2 )
Cili api hijau 6 )
Bawang besar 1 labu ) ditumbuk
Bawang putih 5 ulas )
Garam
Sesedap rasa
Tumis bahan tumbuk...masukkan garam n sesedap rasa...
Masukkan ikan n gaul rata...
Selamat Mencuba..senangkan..:)
Thursday, July 14, 2011
Ikan Kerapu Sweet Sour
Ini memang fav k ena sekeluarga...hmmm kadang makan kat restoren kadang2 k ena buat sendiri...selalunya kalau buang mmg tak ada sisa pun hehehhehe...cubalah ek...tak susah pun buatnyer...:)
1 ekor ikan kerapu
15 biji cili api merah )
10 ulas bawang merah ) blender
10 ulas bawang putih )
1 sudu besar gula
3 sudu besar jus asam jawa
2 sudu besar fish
cara k ena masaknyer.....cuci ikan tu n tos keringkan...pastu panaskan kuali goreng ikan kerapu yg digaram kunyitkan...dah garing angkat n ketepikan..
tumiskan bahan blender dgn sedikit minyak gorengan tadi...masukkan gula, garam, asam jawa n sos ikan...kacau sebentar...pastu curahkan atas ikan kerapu tadi....done hehehhe
Wednesday, July 6, 2011
Stim Fish ala Thai
Akhir bulan mei anak k ena pergi honeymoon ke bali...k ena pula honeymoon ke Chiangmai...semua usik k ena kata mereka apalah anak yg kawin...bapak yg pergi bulan madu heheheh...ok kalau nak dikirakan siapa yg perlu berehat panjang rasanya k ena sebab persiapan kahwin anak k ena hanya k ena seorang yang kehulu n kehilir...:))
Ini farhan n aida dibali.... n....ni pulaaa heheheh siapa lagi kalau bukan k ena n hubby...
Happy sangat dapat naik gajah dgn hubby...tak pernahlah katakan...:))
Chiangmai not a bad place to go for holiday...mcm2 bole tengok disini k ena n hubby gi berakit, tengok perkampunggan long neck n pertunjukkan ular...besides that makan pun sedap di Thailand ni...
k ena n hubby naik rakit..
Masa di Chiangmai k ena asyik repeat makan tomyam, stim fish...hmmm mmg sedap sangat...heaven..
haaa ini resepi dari website thai...kalau k ena buat yg simple jer ni yg k ena ambil dari wesite depa...mestilah sedap giler kan....
1 ekor ikan
5 biji cili api di cincang halus
6 ulas bawang putih
2 tablespoons fish sauce
4 tablespoons jus limau nipis
1/2 cup stok ayam
Bersihkan ikan terlebih dahulu n lumurkan garam...pastu letak ikan diatas dulang atau pinggan yg tahan panas...
Panaskan air dalam periuk kukusan terlebih dahulu pastu letak ikan kedalam nya dan stim selama 10 ke 15min..
Dalam periuk berasingan campurkan semua bahan diatas n masak diatas dapur kaca rata...
Angkat n...jiruskan kuah yg dah prepare tadi ketas ikan n hias dengan daun ketumbar...makan ketika panas...hmmm nyum nyum...
Ikan Bawal Pengantin
Ikan bawal pengantin memang kita selalu nampak masa kenduri kahwin kan...selalunya pengantin tak makan sangat pun...yg untungnya org yg duduk dimeja utama...:)
Kadang2 k ena buat juga untuk makan tengahari dgn anak2...semua pun suka ikan bawal ni...tapi kat rumah k ena seekor mmg tak cukup...
Apa yang k ena buat...
1 ekor ikan bawal
sejemput cili kering )
bawang merah 5 ulas) diblender
bawang putih 5 ulas )
sos tomato
sos tiram
nenas dadu dalam tin
garam
k ena goreng ikan yg dah dicuci terlebih dahulu dengan garam n kunyit...pastu ketepikan...tumis bahan blender hingga wangi...masukkan 2 jenis sos n garam...last sekali masukkan nenas dlm tin...
bila dah masak k ena curahkan kuah ini atas ikan yg diletak dlm pinggan berhias daun salad n timun...ok dah siap...mmg senang sangat kan...:)

Saturday, July 2, 2011
Ikan Cencaru belah belakang
gambar ehsan lela tmgs 90
Hmmmm resepi ikan belah belakang ni mmg fav k ena sekeluarga...masa k ena ada maid nama yati...dia mmg rajin buat masakan ni...now yati not with k ena lagi selepas 8 tahun bersama...so k ena amat jarang lah buat...tapi resepi yg k ena ajar yati mcm ni lar...
4 ekor ikan cencaru yang bersaiz besar
minyak masak untuk menggoreng
sejemput cili kering )
2 ulas bawang besar ) diblender
3/4 ulas bawang putih )
sedikit belacan )
satu sudu kecil gula
garam secukup rasa asam jawa
minyak masak untuk menggoreng
sejemput cili kering )
2 ulas bawang besar ) diblender
3/4 ulas bawang putih )
sedikit belacan )
satu sudu kecil gula
garam secukup rasa asam jawa
apa yg k ena suruh yati buat...
ikan dicuci terlebih dahulu pastu belah belakangnyer...
pastukan campurkan cili merah,cili api,bawangbesar,bawang putih,belacan,gula garam dan tumbuk sehingga hampir lumat...
sumbatkan bahan yang diblend kat belakang ikan tu...
tapi sebelum sumbat bahagian luar ikan dilumur dengan asam jawa, kunyit n garam.....kemudian panaskan minyak dan masukkan ikan satu persatu...gorenglah ikan tersebut sehingga garing masak.
pastukan campurkan cili merah,cili api,bawangbesar,bawang putih,belacan,gula garam dan tumbuk sehingga hampir lumat...
sumbatkan bahan yang diblend kat belakang ikan tu...
tapi sebelum sumbat bahagian luar ikan dilumur dengan asam jawa, kunyit n garam.....kemudian panaskan minyak dan masukkan ikan satu persatu...gorenglah ikan tersebut sehingga garing masak.
Saturday, July 24, 2010
Acar Ikan Masin
K ena tak pernah cuba pun buat acar ikan masin...tapi yg ini k ena beli dari kawan sekolah k ena...kami sama2 di Sekolah Treacher Methodist Taiping...namanya Fatimah Abdul Rahman yang buka kedai roti Mr Dough Bread Station di Penang...memang sedap acar ikan masin dia....
Percaya tak k ena beli 10 pack baru2 ni...1 bg pada kawan, yg lain tu k ena simpan dlm fridge utk bulan puasa nanti...
Kalau malas buat belilah dgn kawan k ena ni k....
Acar ikan ni sedap dimakan dengan nasi beriani or nasi putih panas2....
Ini resepi yg k ena cari dibuku...
1 peket isi ikan kurau
Bahan blender:
Bahan blender:
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup Goreng tanpa minyak n blender kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan pedas
1 sudu kecil biji ketumbar
Buah2an jeruk campuran
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup Goreng tanpa minyak n blender kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan pedas
1 sudu kecil biji ketumbar
Buah2an jeruk campuran
8 biji bawang merah yg kecil2
8 biji bawang putih yg kecil2
10 biji cili padi
Daun kari
2 sudu gula merah
2 sudu gula pasir
Cuka atau lemon
8 biji bawang putih yg kecil2
10 biji cili padi
Daun kari
2 sudu gula merah
2 sudu gula pasir
Cuka atau lemon
Ini caranya
1. Goreng separuh masak isi ikan masin kurau dan ketepikan
2. Tumis daun kari dan bahan-bahan yang diblend hingga naik minyak
3. Masukkan rempah-rempah yang ditumbuk tadi dan gaul sebati.
4. Masukkan gula merah + gula pasir dan cuka.
5. Masukkan bawang kecil, putih dan cili dan isi ikan kurau
6. Masukkan air dan biar dia kering...
Dah siap...pastu rasalah keenakannya....
Wednesday, July 21, 2010
Masak lemak ikan talapia dgn daun asam gelugur
Balik dari tadarus last mon terus beli ikan talapia di pasaraya USJ19....beli 2 ekor...k ena teringat dlm fridge ada daun asam gelugur/daun asam keping yg k ena bawa balik dari Kuala Pilah tempohari..tu yg beli ikan ni tu........jam berdetik...husband dah nak balik...cepat2 siang ikan terus rendam dgn asam n tepung sekejap...
sementara tu k ena tumbuk cili api n kunyit...tgk lah gambar tu...kasar sgt sbb nak cpt...jgn follow mcm tu k...tumbuklah dgn sabar n lumat...
So bahan2nya...
cili api 10 biji
kunyit hidup 1/2 inci
santan kotak
daun asam gelugur/asam keping sejemput (selepas dihiris seperti daun pandan utk buat bunga rampai)
garam
sesedap rasa
Ikan k ena dah cuci lalu masukkan dlm periuk pastu keringkan airnya dengan bahan tumbuk...jgn lupa ambil air batu tu yer...sbb itu penyedapnya kut hehehehhehe...jgn caya tau...
bila dah kering masukkan santan dn garam serta masukkan daun tadi...kacau sampai mendidih...dh boleh makan....daun tu dh cukup memasamkan masakan jadi tak perlu letak asam keping lagi....
Tengahari tu hubby k ena lunch dgn ikan talapia goreng n ikan kembung rebus...itu fav k ena sbb tu k ena goreng heheheh...........Hmmmm bila tgk hubby lunch terasa puas hati sangat....:-)
Cuba tau....tapi tu lah...daun ni mmg susah nak dpt kat kl....huhuhu
Thursday, April 15, 2010
Ikan Kerapu Goreng Tauhu
Kerapu goreng masak tauchu ni k ena masak masa Sue, Liana, Liza n Jastina datang....k ena sendiri suka sgt sbb ianya memang sedap...tapi k ena nyer style tak suka ada kuah...selalunya kalau k ena masak sure yg kering jer...apa yg k ena sediakan
Ikan Kerapu 3 ekor
Daun Bawang )
Cili api )
Cili masak ) di hiris
Halia )
Bawang merah 5 ulas )
Bawang putih 3 ulas )
Tauchu 2 sudu
Ikan dicuci, digaram kunyit n goreng...kalau nak garing lumurkan dgn tepung jagung...bila dah masak ketepikan...tumis bahan hiris...kacau rata masukkan tauchu k ena tak letak garam sbb kadang2 tauchu ni dh masin......bila dh masak tuangkan jer ke atas ikan......senang gilerkan hehehe....kalau nak berkuah bolelah letak air asam jawa...
Dah bole hidang...;-)
ini lianaini sue
ini pulak Jas n Liza
Thursday, April 8, 2010
Ikan Talapia Goreng Berlada
Talapia goreng berlada...notice tak rumah k ena memang suke goreng berlada...tak kiralah ayam, ikan, kentang...kalau bole hari2 nak goreng berlada sbb ianya sebagai pembuka selera...sebab pedas kan...
Ini yg paling minat hubby k ena lah....
Ikan talapia 2 ekor
cili merah 2 biji
cili api 5 biji
bawang merah 5 ulas
bawang putih 3 ulas
ikan dicuci then rendam dengan tepung n asam jawa biarkan sejam...cuci n garam kunyitkan...lalu digoreng..
cili api n merah ditumbuk dengan bawang merah n putih...
tumis bahan tumbuk masukkan garam n gaul dengan ikan talapia tadi...
senang lah sesangat hehehe...
Let's eat!
Tuesday, April 6, 2010
Sup Ikan Merah
Sup ikan merah kegemaran Farhan anak no 2 k ena...masa dia orang kecil, hari2 k ena masak sup...sup ayam, sukan tulang, sup sayur, sup fishball n kadang2 sup ikan...sebelum mereka umur 5 tahun k ena tak bg makan pedas2 lepas umur 5 tahun baru k ena perkenalkan masak lemak cili api. kari or asam pedas.....
Last week hubby k ena g sabah...k ena told him not to buy ikan bilis banyak2 tapi he came back with ikan bilis 8 kilo, udang kering 1 kilo and 5 jenis ikan....ikan merah, ikan bawal putih, ikan kerisi besar n ikan senangin besar...haih...nasib baik ada freezer...
Tiba2 pulak Farhan kata... ibu masaklah sup ikan....jadi last saturday k ena cakap kalau nak ibu masak... semua kena lunch kat rumah...semua program kena cancel...akhirnya berkumpullah semuanya utk lunch that sat...seronok gak hehehe
Ikan merah 1 ekor
bawang merah 5 ulas
bawang putih 3 ulas
sedikit serbuk sup
garam
daun sup n bawang goreng
kalau nak pedas ketuklah cili api 5 biji
Ikan dibersihkan, dipotong n digoreng terlebih dahulu...kurangkan minyak ikan bekas gorengan tadi lalu tumislah dua jenis bawang yg dihiris halus...k ena mmg tak letak halia dlm sup ikan...
bila dah garing...masukkan air, terjunkan ikan...masukkan garam n serbuk sup...bila dh mendidih tutup api taburkan daun sup n bawang goreng...dah siap...kacang kan...hehehe
Seronok betul tengok anak2 makan hari tu...selalunya bila masak apa jua sup k ena mesti buat sambal tumis ikan bilis...sup dgn sambal mmg bole masuk n kena sgt....
Sayang sgt masa tu last minute hubby tak sempat nak balik makan selepas main golf dgn kwn2nya di Starfield.....tapi anak2lah yg happy giler..dia org kata oklah tu bu bole kita org makan lebih heheheh.....anakkk...anakk!
Cubalah k...
Tuesday, March 23, 2010
Ikan Keli Goreng Berlada
Ikan keli goreng berlada mmg favorite hubby n anak2.....percaya tak yang k ena tak makan ikan ni ataupun ikan sungai yg lain dari kecil....arwah mak k ena tak pernah masak...so disebabkan dari kecil tak diperkenalkan jadi taklah menjadi kegemaran...
Seingat k ena ikan sungai yang k ena makan cuma ikan sepat masin jer.....ikan sepat masin ni...adoiii...mmg yummy bila makan dgn nasi panas tambah2 pulak makan dengan masak lemak labu...pastu ada pulak sambal tempoyak...ish ish terliurlah pulak rasanya heheheh....nasib baik bukan post dlm bulan puasa....
Masa g pasar ahad lepas k ena beli 2 kilo...adalah dlm 16 ekor...selalunya k ena pilih yg kecil sebab yang besar macam...ish taknk sebut.....selalunya lah kan k ena mesti suruh orang yg menjual tu buangkan kepalanya utk k ena sbb k ena geli....hehehe
So...
Ikan k ena buat 1 kilo jer
cili masak 2 biji )
cili api 10 biji )
bawang merah 6 ulas ) ditumbuk
bawang putih 5 ulas )
kunyit hidup 2 inci )
garam n serbuk perasa...
ikan k ena kerat dua....rendam dengan air campuran tepung, asam jawa n garam...k ena rendam 1 jam untuk hilangkan hanyirnya...
pastu k ena bersihkan n garam kunyitkan ikan...kunyit k ena guna kunyit serbuk...
bila minyak dh panas gorenglah ikan...jangan lupa tutup kualinya ya sbb dia akan meletup...masa mula2 kawin dulu tak pandai mmg minyak panas terkena tangan k ena...sampai sekarang parutnya ada...
Bila dah garing ketepikan....tumis pula bahan tumbuk dlm minyak gorengan...kalau minyaknya banyak sangat kurangkan lah sedikit.....kacau masukkan garam n perasa...akhir sekali masukkan ikan keli goreng...gaul rata...dah siap...
Selamat Mencuba!
Saturday, March 13, 2010
Kari Ikan
Hari ni k ena masak kari ikan untuk makan tengahari....
tengok dlm freezer ada
Ikan kembung 4 ekor...ikan bole masak ikan apa pun
bawang merah 5 biji
bawang putih 4 biji
rempah ikan 3 sudu dicampur air jadikan paste
halba campur 1/2 sudu kecil
daun kari
asam jawa
santan
garam n perasa
K ena nyer style of cooking mmg senang...k ena hiris jer bawang
mula2 panaskan minyak masukkan halba campur
tumis bawang merah n putih hingga garing
masukkan paste rempah ikan masak hingga naik minyak
masukkan santan, ikan, asam jawa, garam n perasa..
last sekali masukkan sayur utk hiasan spt bendi, tomato n cili merah...
boleh juga masuk terung kalau mahu....
Happy Cooking!
Masak Lemak Cili Api Ikan Keli Salai
Semalam lunch k ena masak lemak ikan keli salai dgn belimbing muda....rasanya org tepeng yang kawin dgn orang negeri sembilan sure tau masak ni...
k ena sediakan...
4 ekor ikan keli salai
cili api kampung 15 biji sbb k ena suka pedas)
kunyit 2 inci ) ditumbuk halus
asam keping
garam n perasa
belimbing
santan...k ena pakai santan kotak...ada yg kata tak sdp...k ena ni since duduk UK mmg dh biasa dgn santan yg tak ori hehehe.... hubby n anak2 pun tak kisah...
Masukkan ikan salai, bahan tumbuk n santan masak atas api...masukkan garam, asam keping n serbuk perasa...last sekali masukkan belimbing.....
Pastu k ena masak ikan bilis tempoyak n sayur campur....
Alhamdulillah happy tgk hubby n anak2 enjoy sgt masa makan tu....
Friday, March 5, 2010
Fish & Chips
Fish & Chips kegemaran k ena n hubby...selalunya berebut siapa nak order dulu heheheh...bukan tak boleh order benda yang sama tp rugilah kan...at least bole rasa2....cakap jer rasa tapi bila ngap mesti big portion nyer hehehehe....
k ena pernah cuba resepi ni n sedap...k ena ambil dari internet masa tu...
k ena beli ikan dori dari hypermarket..
Tepung gandum 1 cawan
garam secukup rasatelur 1 biji
baking powder 1 sudu kecil
susu cair 1 cawan
K ena blender semua n set for 20 minutes...kalau cair masukkan sedikit lagi tepung sbb kdg2 telur tu byk putih telur......celup ikan dori n goreng dlm minyak panas...
makan masa panas2 baru sedap...as usual teman fish ni mestilah chips kan n tartar sos heheheh
dah siap...selamat menjamu selera...
Subscribe to:
Posts (Atom)





















