K ena nak g Kelas La Tahzan hari ni tapi memandangkan anak saudara k ena Hakim nak balik tepeng hari ni k ena pun sacrifice lah...siapa pulak nak kunci rumah n bye bye dia jap lagi. Semua dah keluar dgn urusan masing2...jadi sementara tunggu Hakim nak keluar rumah baik k ena updatekan blog nie...
Kari Ayam k ena buat sekali sekala sebab dalam rumah semua suka masak lemak cili api ayam compared to kari....buat kari ayam ni yang bagusnya ianya bole malam dengan roti atau capati ini kerana dirumah sekarang nasi cuma makan waktu tengahari sahaja...
K ena ambil...
Ribs Ayam 4 keping
rempah kari alagapas 2 sudu besar dicampur air utk jadikan pes
santan kotak 1/2 cawan
air 1/2 cawanasam keping 1
ubi kentang 3 biji
bawang besar buat hiasan
*bawang merah 5 ulas
*bawang putih 4 ulas
*halia 2 inci
*semua bahan ini ditumbuk
bahan tumis
bunga lawang 1
bungka cengkih 2
buah pelaga 3
kulit kayu manis 1 inci
Ayam k ena potong kecil n seperti biasa cuci dengan tepung untuk hilangkan bau hanyir.....
Panaskan periuk masukkan minyak dalam 1/2 cawan...campakkan dulu bahan tumis bila sederhana panas....pastu baru masukkan bahan tumbuk...kacau hingga naik bau barulah masukkan pes kari tadi...biarkan garing kemudian masukkan ayam, santan n air...kacau..lepas itu barulah masukkan kentang n asam keping n garam....bila kentang sudah empuk masukkan bawang besar yg dipotong 4 utk hiasan....
No comments:
Post a Comment