Monday, March 15, 2010

Nasi Ayam

Nasi Ayam adalah makanan kegemaran keluarga k ena....masa anak2 k ena masih kecil.. k ena akan masak nasi ayam seminggu sekali...anak2 k ena ni walaupun dah selalu masak nasi ayam, bila makan diluar jer mereka mesti order nasi ayam juga....hairan sungguh...tak jemu2 dengan nasi ayam...kadang2 k ena yang jemu nak masak.....now anak nombor 3 k ena...Fahim...ambil kursus Chef...n alhamdulillah now everytime we want to eat nasi ayam Chef Fahim yang akan masak...

Selalunya k ena akan sediakan...

untuk nasi...
Beras 1 mangkuk sederhana
1 ekur ayam
bawang merah 6 biji )
bawang putih 4 biji   ) di tumbuk
halia 2 inci               )
kunyit hidup 2 inci   )
daun pandan

untuk sos cili nya...
cili masak 3 biji        )
cili api 5 biji             ) di blender
bawang putih 3 biji   )

bahan tumis...
sedikit kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

kicap pekat secukupnya
daun sup n daun bawang
minyak masak
garam n serbuk perasa
timun dan salad sebagai hiasan


Ayam k ena potong 4 n cuci bersih...selalunya k ena cuci dgn tepung untuk hilangkan hanyir ayam ni.....lalu rebus, masa merebus tu k ena letakkan sedikit garam and  halia yg k ena ketuk jer semasa merebus ayam...sementara itu...
panaskan periuk nasi masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan tumis ie bunga lawang, bunga cemgkih, buah pelaga n kulit kayu manis...
masukkan sebahagian bahan tumbuk n kacau rata....masukkan sedikit garam..
pastu masukkan beras yang dh dicuci bersih...n kacau

Apa yang k ena buat...kalau beras satu mangkuk maka air rebusan ayam tu pun mesti satu mangkuk insyaAllah nasi akan cantik tanpa rasa takut ianya akn mentah...tapi airnya mestilah yg tengah mendidih....kalau ada masalah terlalu lembut atau terlalu keras itu adalah kerana jenis berasnya....so selalunya kita tahu beras itu jenis yg lembut atau keras sbb kita selalu masak nasi kan...last sekali masukkan daun pandan yg dicarik...

Ayam yg dh direbus diangkat dan letak dlm mangkuk lalu disejukkan...bila sejuk lumurkan ayam dengan kicap dan garam...lumur rata n biarkan sebentar...
Lebihan air rebusan bole lah dibuat sup dgn dicampurkan dengan lebihan bahan tumbuk tadi...masukkan garam n serbuk perasa...kalau suka boleh masukkan kentang..masukkan daun sup n daun bawang yg dihiris...

Ayam yg telah dilumur tadi bole lah digoreng atau dipanggang...k ena kadang2 goreng kadang2 panggang dlm oven...

Selalunya dalam mangkuk ada lebihan kicap dari ayam yg dilumur tadi...inilah yg k ena buat sebagai  sos kicapnya...kalau terlalu pekat k ena akan cairkan dgn sup ayam td...kalau cair k ena pekatkan dengan tambahkan kicap..



Untuk sos cilinya... bahan yang di blender tadi bolelah masukkan dengan garam n gula sedikit..

Bila ayam dh siap bolelah dihias dgn salad dan timun n bole lah dihidangkan...
Rasa2nya itulah dia...fuh! panjang sungguh nak put in words...hehehehe buatnyer tak lah sesusah mana....so...good luck...selamat mencuba...

Masa fahim masak nasi ayam ni...anak sedara k ena Hakim dari Taiping pun ada so kita org makan ramai2 seronok sangat......

No comments:

Post a Comment