K ena namakan blog ni Penambat Kasih kerana sebagai seorang isteri n ibu untuk menawan hati suami n anak2 pastilah dengan menyenangkan hati mereka, menggembirakan mereka serta hehehe mengenyangkan perut mereka...betul tak.. So dalam blog ni k ena akan post kan resepi2 masakan yang menjadi kegemaran serta kesukaan mereka selama ini.....k ena hope sesiapa sahaja yg melawat blog ini akan mencuba resepi2 yg terdapat didalamnya kerana ianya sangatlah simple n mudah utk diikuti......SELAMAT MENCUBA!
Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts
Sunday, April 15, 2012
Daging Masak Kicap
Daging 1/2 kilo
Kentang 4 biji
Cili merah & Hijau sebagai hiasan
Bawang besar 2 labu )
Bawang putih 5 ulas ) di hiris
Halia 1 inci )
Daun bawang )
Lada hitam sedikit
Air asam jawa
Kicap
Garam secukup rasa
Goreng daging yg telah dihiris n di garam kunyit hingga garing...masukkan air panas supaya daging cepat empuk...cover dgn tudung periuk sebentar...bila dah daging dah empuk, masukkan bahan hirisan, kicap, air asam jawa, lada hitam sedikit n kentang serta garam.....masak hingga kentang empuk...
Dah siap...:)
Friday, July 29, 2011
Rendang Daging Salai Dengan Nangka
Semalam 28hb July ada perlawanan bola...semalam juga hari untuk dinner keluarga...so anak yg dah kawin pun balik untuk makan malam bersama....k ena sediakan makanan yg biasa2 jer ikut kegemaran suami n anak2...k ena masak rendang nangka campur daging salai, ikan bawal sweet sour, masak lemak cili api ketam n ayam goreng dgn bawang...ini hasilnya...
Alhamdulillah semua habis kecuali rendang n menantu k ena tapau bawa balik....as mom surelah sangat happy n puas hati...segala penat lelah menyediakan hilang sama sekali...
Ini resepi rendang...
Nangka ikut suka banyak mana...direbus n empukkan
Daging salai 2 keping dihiris
Cili api 20 biji ) ditumbuk
Kunyit 2 inci )
Serai 5 batang...2 batang dikihiris n dikisar halus...lagi 3 btg diketuk..
Garam
Asam keping
Santan atau susu
apa yg k ena buat...k ena campurkan semua dlm kuali n masak hingga kering...dipertengahan letaklah garam n asam keping....dah siap...:)
Lepas makan mereka pun duduk dihadapan tv...k ena pula membelakangkan tv sebab takut n mcm nak jatuh jantung ni bila aksi2 cemas....ini gambar masa malaysia menyumbatkan gol...
Memang happening giler malam semalam...hehehhehe
Tuesday, July 5, 2011
Daging Goreng Kunyit
gambar ehsan lela tmgs90
Ini fav anak2 k ena terutama farhan...kalau buat daging goreng kunyit mmg tak sempat nak sampai makan malam...tapi k ena puas hati...masak ni mcm kita masak kicap...cuma tak ada kicap..
apa yg k ena buat...ambil
1 mangkuk daging dihiris terlebih dahulu
2 labu Bawang besar dihiris bulat
3 biji bawang putihdihiris nipis
3 biji cili merah dipotong panjang
sedikit cili api utk pedas
seinci halia dihiris
garam
kunyit serbuk
minyak utk menggoreng
air panas 2 cawan
Daging yg dihiris dicuci dgn tepung dan dibilas...pastu digaram kunyitkan...pastu digoreng terlebih dahulu..
bila dh goreng empukkan dgn 2 cawan air panas...tutp dgn tudung periuk dan masak hingga kering...bila dh kering masukkan semua hirisan bawang, halia n cili tu...gaulkan n taraaaaa dh siap...heheheh
Senang sangatkan...:)
Tuesday, November 2, 2010
Beef Stew
Ya Allah malas nya nak upload gambar...malasnya nak update blog nih...
tiba2 jer bila tgk balik blog kesian lah pulak seperti dianak tirikan...oklah harini rajin2kan lah diri...
ini resepi k ena buat masa kawan2 hubby k ena dtg masa raya last 2 mts hehehhe...dah jemu masak lemang, ketupat, rendang...so k ena buat beef stew makan dgn french bread....
Resepinya...
Daging lembu potong kiub
Bawang besar dipotong dadu
Tomato puree
Kiub Tulang
M*aggie Spagetti Sos
Tomato
Celery
Carrot
Kacang Peas
Bay Leaves
Rosemary
Daging k ena cuci then k ena golek2 kan dlm tepung biar dia bersalut...pastu k ena goreng kan dia..pastu masukkan bawang besar tadi...kacau...pastu k ena masukkan air, sos n the rest of the ingredients...simmer dlm rice cooker masukkan garam n a bit of sugar dh bole makan...utk likatkan kuah k ena campurkan sedikit tepung gandum...
Cuba ek.....
Monday, May 10, 2010
Kuah Dalca Daging
semangkok daging
3 biji ubi kentang
5 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 cawan kacang dhal.....rebus lembut
4 biji cili hijau
2 biji cili hijau
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji terung bulat
2 cawan santan
3 sudu rempah daging alagapas
1 sudu kecil paste asam jawa
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] hiriskan
3 cm halia ]
1 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Potong daging dan bersihkan dgn tepung....belah 4 kentang,tomato, bawang besar dan terung.
Potong kacang panjang sepanjang dlm 2 inci....panaskan minyak..tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi. Masukkan rempah kari daging yg dijadikan paste dan biarkan sehingga naik minyak...
Masukkan daging dan santan secukup.
Renehkan sehingga lembuk/empuk.
Masukkan kacang dhal yg direbus n toskan tadi dan semua sayur yang dipotong.
Kacau lagi hingga mendidih dan kentang empuk.
Masukkan garam n sesedap rasa
Masukkan cili merah n cili hijau sebiji-sebiji.
Renehkan sehingga naik minyak lagi.
Sedap dimakan dengan nasi beriani, roti canai n murtabak..
Selamat Mencuba!
Thursday, April 22, 2010
Masak kicap Daging
Masak kicap daging.....teringatnya masa k ena kecil masakan ni menjadi satu masakan istemewa untuk family k ena...kalau nak sambut puasa sehari sebelum puasa arwah abah akan beli daging sekilo yg ketika itu mahal lah bagi family k ena....arwah mak akan masak kicap n k ena adik beradik akan menunggu untuk berbuka ddengan masakan ini dengan penuh sabar heheheh...kenangan yg tak mungkin dapat k ena lupakan...
Ini gambar k ena di pangkuan mak mungkin umur kurang dari 1 tahun kut...
Dalam gambar ni arwah abah Abdul Rashid Bin Dol, arwah mak Jariah Binti Hussin dan arwah kakak Noor Sharifah Abdul Rashid....
Sebelah arwah k noor...abang jun...Zulkifli Abdul Rashid n sebelah k ena abang Mohamad Daud Abdul Rashid.....inilah satu2nya gambar yg k ena ada ketika kecil...
Ok berbalik pada resepi apa yang k ena sediakan
Daging 1/2 kilo
Kentang
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 4 ulas
Halia 2 inci
Serbuk sup
Daun bawang n daun sup
Cili merah n cili hijau
kicap manis
asam jawa
garam
Mula2 k ena hiris daging n cuci dgn tepung pastu digaram kunyitkan.....then bawang2, halia n cili k ena hiris..
kentang hiris bulat2...cili masak hiris panjang...
Goreng daging sebentar pastu masukkan air panas 1 cawan...bila daging dah empuk dan air pun kering.....masukkan semua bahan potong, air asam jawa, kentang, garam...masak hingga kentang empuk...last sekali masukkan daun sup n daun bawang yg diris kasar....
Sila lah hehehe
Wednesday, April 21, 2010
Sup Daging
Dah lama tak masak daging...ni bukan apa k ena n hubby semenjak dua menjak ni kalau makan daging kepala akan rasa semacam walaupun makan sedikit...inilah istimewanya orang2 yang 40 plus ni...:-)
So selalunya kalau menunya daging k ena akan buat sup utk anak2....kalau buat sup lawannya mestilah sambal tumis baru kena n akan lebih ummpph hehehehe..
So....daging 1/2 kilo
kentang
carrot
serbuk sup
bawang merah 6 ulas )
bawang putih 4 ulas ) tumbuk
halia 2 inci )
daun sup
bawang goreng
minyak 2 sudu
air ikut suka byk mana nak
Kalau masak daging selalunya k ena mmg guna preasure cooker...cpt sangat untuk empukkanya...
Daging potong dadu...cuci dgn tepung n air, toskan...p
Panaskan minyak dlm periuk preasure cooker tu...tumis bahan tumbuk...masukkan air...masukkan daging n serbuk sup, garam n sesedap rasa.....
Tutup presure cooker dgn penutupnya n biarkan atas api selama 20 minit..
Selepas 20 min lalukan periuk cooker bawah air agar preasure nyer turun...buka tutupnya...letakkan semula atas api masukkan kentang n carrot...bila kentang n carrot dh empuk...masukkan daun sup n bawang goreng...
Kalau takda presure cooker tu tak bermaknalah tak bole masak sup dagingkan hehehe memadailah letak dlm periuk n rebuslah daging hingga empuk....selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)









