K ena namakan blog ni Penambat Kasih kerana sebagai seorang isteri n ibu untuk menawan hati suami n anak2 pastilah dengan menyenangkan hati mereka, menggembirakan mereka serta hehehe mengenyangkan perut mereka...betul tak.. So dalam blog ni k ena akan post kan resepi2 masakan yang menjadi kegemaran serta kesukaan mereka selama ini.....k ena hope sesiapa sahaja yg melawat blog ini akan mencuba resepi2 yg terdapat didalamnya kerana ianya sangatlah simple n mudah utk diikuti......SELAMAT MENCUBA!
Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts
Thursday, December 5, 2013
Udang Assam
Udang Assam
Assam Prawns...resepi dari Julianna Lim Abdullah
500 gm udang besar
80 gm assam jawa
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan minyak untuk menggoreng
Udang jangan di buang kulit....cuma belah sedikit di bahagian belakang untuk membuangkan usus hitamnya
Campurkan assam jawa, gula, garam dan kicap pekat - perapkan sekali dengan udang. Biar selama 2-3 jam.
Panaskan minuak, api kecil atau sederhana, masukkan udang dan goreng.....bila wangi....akan nampak..hitam2 sedikit...boleh dikeluarkan.
Sedap di hidangkan dgn nasi lemak dan sambal belacan.
Selamat mencuba.
Thursday, August 30, 2012
Bebola ketam goreng butter
sumber linakz
Bahan2
20biji bebola ketam digoreng n tos
Bhn tumis
2 tangkai daun kari - lurut ambil daunnya
2 ulas bwg putih - hiris
1 sdB serbuk kari ikan - (optional)
cili padi (ikut tahap kepedasan yg mampu) - hiris
garam & gula secukup rasa
Bhn telur
4 biji kuning telur
1/4 cwn minyak masak
100gm butter (jika suka boleh lebihkan)
3 sdB susu cair
Cara2
Pukul ringan kuning telur dgn susu cair
Panaskan minyak & masukkan butter- biar minyak benar2 hangat
TUTUP API . Dgn pantas, sebelah tangan memegang garpu/chopstick, membuat pusingan pada minyak
sebelah tangan pula mencurahkan aduan telur sedikit demi sedikit. Teruskan membuat pusingan hingga terbentuk tali2 telur. angkat dan tapiskan. - Ketepikan.
**sy buat process ni 2 kali krn adunan telur tu agak bnyk dan sy gunakan pan yg sedikit kecil.
Dengan kuali / pan yg sama goreng udang yg di perap tadi. Goreng sekejap, angkat dan letak di pinggan beralaskan paper towel. - ketepikan
Panaskan sedikit minyak, tumis bhn tumis hingga wangi, tmbhkan sedikit air jika perlu.
Masukkan udang tadi, gaul serata & tutup api.
Bila nk dihidangkan baru masukkan telur yg di goreng tadi.- kacau serata dan siap utuk dihidang.
Wednesday, August 1, 2012
Sotong masak kicap
Sotong masak kicap
Sotong 1 mangkuk
A
Cili masak
bawang besar 1
halia 1 inci
daun bawang
B
kicap
garam
asam keping
Hiris bahan A...goreng sotong sebentar...masukkan bahan A...last sekali masikkan bahan B...
Dah siap...:)
Lala Goreng cili api & oyster sos
Tumbuk cili masak n cili api
Masukkan bawang merah 5 ulas n bawang putih 4 ulas
Tumis...masukkan lala n oster sos serta garam...ketuk serai...
Done!
Ikan Nyok nyok masak cuka..
Ikan dibersihkan potong, garam kunyitkan pastu goreng..
Bawang besar dan bawang putih dan halia dimayang...
Tumiskan bahan2 ini bersama satu sudu teh biji sawi sehingga wangi.
Masukkan air dan 2 sudu besar cuka dan sedikit gula serta garam.
Apabila mendidih masukkan bawang besar yg dibelah 4 atau dimayang, cili hidup atau cili api dan juga timun yg dipotong memanjang.
Last sekali..masukkan ikan yg telah digoreng tadi...biar didih dah siap...masakan ni dibiar semalaman mmg cun...
Ikan Kembung Rendam Air Asam
Ikan kembung rendam air asam
Ikan kembung
Asam jawa
Belacan
Bawang merah
Tomato
Cili Merah
Cili api
Garam
Gula
Rebus ikan sebentar...jangan lama sgt nnti keras...
Dalam mangkuk lain asam jawa diramas dengan belacan n air...masukkan bahan2 lain yg telah dihiris..
Sambal Sotong Kering
Sotong kering direndam dlm air abu 1 sudu semalaman
a) Cili kering segenggam
b) Bawang besar 1 labu
c) Bawang putih
Blend a, b c...tumis...hingga masak n naik minyak...masukkan sotong, garam, gula dan asam jawa..
Dah siap...senang kan...:)
Wednesday, May 23, 2012
Gulai Lemak Cili Api Mussels
Anak2 teringin makan mussels...buat ni pun jalannn hehehhe
Mussels
Cili Api
Kunyit hidup
Santan
Garam
Kuib ikan bilis
Asam keping
Serai
Kentang
Tumbuk cili, kunyit...
Masukkan mussels,
Masukkan santan, garam, serai, asam keping serta kentang...didihkan...
Sunday, May 20, 2012
Masak Lemak Cili Api Udang
Udang
Cili api 20biji
Kunyit hidup
Santan
Timun Ladang
Garam
Asam keping
Tumbuk cili api n kunyit...masukkan udang, timun ladang n santan...masak hingga mendidih masukkan garam n asam keping....dah siap..
Sunday, May 6, 2012
Gulai Lemak Cili Api Sotong
Sotong
Telur scramble
Cili Api
Kunyit hidup
Santan
Garam
Kuib ikan bilis
Asam keping
Serai
Kentang
Tumbuk cili, kunyit...
Masukkan sotong yang isinya telur scramble dan disematkan dgn toothpick.
Masukkan santan, garam, serai, asam keping serta kentang...didihkan...
Monday, April 16, 2012
Gulai Cili Api Udang dengan Belimbing Buluh
Semenjak berkahwin dengan orang negeri sembilan...k ena banyak buat gulai lemak cili api...ini antara kegemaran seisi rumah..
Udang 1 kilo
Cili api 20 biji
Kunyit hidup 1 inci
Santan secukupnya
Belimbing buluh
Garam
Tumbuk cili api n kunyit hidup...masukkan kedalam periuk bersama2 dengan udang...masukkan santan n belimbing buluh...kacau selalu jangan pecah minyak...tak perlu asam keping sbb belimbing dah masam..letak garam secukupnya...
Sunday, April 15, 2012
Sotong Goreng Kunyit
Sotong 1 mangkok
Kunyit serbuk
Cili Hijau )
Bawang besar )
Bawang putih ) dihiris
Halia )
Daun Bawang )
Garam
Sotong di bersihkan n dihiris nipis...gaulkan dengan garam dan kunyit...
Panaskan kuali goreng sotong sebentar, masukkan bahan hirisan, letak garam...kacau sebentar dah masak...jangan lama sangat nanti sotong keras n liat....
Selamat Mencuba..:)
Saturday, April 14, 2012
Ketam masak black pepper
Ketam ni makan memang sedap...tapi k ena semenjak dua menjak ni k ena mmg malas nak makan...kalau hubby order pun untuk anak2...enjoy seeing them eating n gigit ketam tu...n sometimes they will buka n bagi k ena...alhamdulillah...
Kalau cara k ena masak...
Ketam 4 ekor belah 2 setiap ketam
Cili kering ikut pedas )
Bawang besar 2 labu ) blender
Bawang putih 6 ulas )
Sos lada hitam 3 sudu
Sos tiram sedikit
Sos tomato sedikit
Garam secukup rasa..
Tumis bahan blender...masak sekejap...pastu masukkan semua sos...garam n gula sedikit..masukkan ketam...tutup dgn tudung periuk...simmer sekejap...dah siap..tabur daun bawang...
Clam goreng halia
Ini pun k ena order masa makan diseafood restoren tu...resepi ni resepi k ena...sbb kalau k ena yang masak k ena akan buat mcm ni...
Clam 1 kilo
Clam 1 kilo
Serai 2 batang
Bawang putih 5 ulas
Halia 2 inici diricik
Daun bawang
Cuci clam bersih2 n toskan airnya...tumis bawang putih...masukkan halia, serai, garam dan clam...kacau rata n tutup periuk hingga clam terbuka...spring dgn daun bawang...n dah bole dimakan...kena makan panas2 baru sedappp..:)
Udang Rebus
Masa holiday kat sabah...k ena satu family suka order udang ni...udang yg diambil dari kolam udang..dicuci n di letak garam...cicah dgn sos cili...sedap n manisss sangat...tapi kalo udang kat pasar memang tak jadi...
Thursday, July 14, 2011
Butter Prawn
500gm udang sederhana besar-buang kepala bole tak buang pun boleh...dan belah belakangnya
5 sudu besar butter
3 biji telur kuning-dipukul sedikit (jun guna 3 kuning dan 1 telur putih)
4 cili api-dipotong2
2 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
2 ulas bawang putih-dicincang
pepper, gula n garam
Mula2 panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang 1/2 masak. Angkat pastu ketepikan....tambah butter selebihnya, atas api sederhana, masukkan bawang putih pastu kacau lagi...
Masukkan telur then keep on stirring dgn garfu nanti dia akan jadi macam jurai2...
Masukkan juga daun kari, susu cair, cili api sambil kacau...last sekali masukkan udang dan kacau lagi hingga kering n garing...pastu bole lah dihidangkan pada keluarga...:)
Hmmm rasa nak masak pulak hari ni...
Tuesday, July 12, 2011
Ketam Kam Hiong
Ini kan memang fav satu rumah...cuma nak makan tu yg leceh tapi sbb anak2 rajin keluarkan isi untuk k ena so k ena pun orderlah...selalunya makan ni kat restaurant thai lah...dulu kat kelana jaya ada famous tempat makan tapi now dah tak ada...resepi ni adik tmgs roziana spm 95 yg bagi pada k ena...alhamdulillah mmg sedap...cuba lah ek...
bahan:
ketam 4 ekor
bwg putih 5 ulas
bwg besar (optional) 2 labu
cili boh 3 sudu besar
daun limau purut (optional)
serbuk kunyit (optional, sedikit shj)
serbuk kari 3 sudu besar
daun kari
udang kering segenggam
telur (pukul - 1 biji cukup)
garam
gula
cili hijau (optional)
air perahan limau nipis / asam jawa
caranya pulak....panas minyak, tumis bawang putih naik bau.
masuk cili boh, serbuk kari yg dijadikan paste, udang kering yg ditumbuk, masak.
masakan ni kering, takde kuah k...
bahan:
ketam 4 ekor
bwg putih 5 ulas
bwg besar (optional) 2 labu
cili boh 3 sudu besar
daun limau purut (optional)
serbuk kunyit (optional, sedikit shj)
serbuk kari 3 sudu besar
daun kari
udang kering segenggam
telur (pukul - 1 biji cukup)
garam
gula
cili hijau (optional)
air perahan limau nipis / asam jawa
caranya pulak....panas minyak, tumis bawang putih naik bau.
masuk cili boh, serbuk kari yg dijadikan paste, udang kering yg ditumbuk, masak.
masakan ni kering, takde kuah k...
Wednesday, December 29, 2010
Udang bersalut kulit popiah
Anak k ena no 3...Fahim sedang belajar untuk menjadi seorang Chef...dia belajar di C*ilantro di usj 1...alhamdulillah dari sehari kesehari dia banyak buat menu2 yg memeranjatkan k ena hehehhe...yg ini special request frm abangnyer yg tak sempat nak rasa masa 4 courses final project dia...
resepinya...
udang as much as u want
kulit popiah 1 atau 2 peket
telur 3 biji atau lebih..
garam
udang dikopek tinggalkan ekor
kulit popiah dibuka satu persatu n di racik halus
pastu celup udang dlm telur yg telah diletak sedikit garam n dipukul terlebih dahulu
n golekkan atas kulit popiah..kepalkan...
goreng dlm minyak panas hingga garing..
cepat2 cuba...sbb mmg sedap giler heheheheh..
Ketam Masak Lada Hitam
12th December...birthday Fahim...dah 20 tahun anak ibu...dh besar panjang...ibu doakan Fahim berjaya sebagai seorang Chef...semoga Fahim berjaya didunia n akhirat...ibu harap Fahim jadi anak yg baik yg sentiasa membahagiakan ibu n ayah....
Masa birthday Fahim k ena n family berada di Singapore....sebelum itu k ena n family g holiday di Sabah...since Farhan masih lagi berada di Sabah n Farhan tak join us ke Singapore so we dicided buat suprise birthday party utk Fahim...
Fahim agak terkejut bila Zulaiha n anaknya Farah n Jeehan dtg utk meraikan birthday bersama2...
That afternoon we had a great time bila semua pergi menunggang kuda di Tuaran...sebelum ke Tuaran we had a wonderful meal kat seafood restaurant di salut....
so back to the recipe kali ini....
3 ekor Ketam
3 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sos cili
sos tomato
oyster sos
1 sudu lada hitam (ditumbur kasar)
sedikit air
3 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sos cili
sos tomato
oyster sos
1 sudu lada hitam (ditumbur kasar)
sedikit air
Kalau k ena cara masak dia k ena tumis bawang putih hingga wangi, masukkan chili paste/cili boh dan kacau sebentar....masukan tiga jenis sos tu n lada hitam dan tambah sedikit air....then masukan ketam dan kacau rata dan tutup kuali biar ketam masak....ikutlah nak pekat ke tidak...ikut selera, kalau suka cair tambah sedikit air.....hehehe dh bole hidang...
Monday, August 16, 2010
Tuna Croissant
Puasa datang lagi.....rasanya baru jer kita berpuasa n berhari raya....last year mmg terasa cepat bila k ena menunggu hari untuk pergi mengerjakan haji untuk kakak k ena yg pergi mengadap ilahi...
Tahun ini rasanya baru sahaja menyambut 2010 tup tup dah bulan Ogos...and ramadhan pun tiba...
Seperti biasa k ena mmg masak untuk berbuka...croissant yg ada kawan k ena Fatimah yg bagi masa Hasnita pergi ke Penang...k ena simpan dalam freezer alhamdulillah masih bole dimakan...
Apa yang k ena buat...
Roti croissant beberapa biji...k ena bakar semula untuk lembutkannya..
Tuna 1 tin (tuna ni dihadiahkan oleh Syaira kawan k ena dari Maldives)
Kobis k ena hiris harus
Mayonnis
Garam
Lada Hitam
Sedikit Bawang..
Cili Masak Hiris
Hiasan
Salad n Timun
Tos tuna lecekkan sikit...masukkan kobis n bawang, mayonnis, taburkan garam, lada hitam n cili masak...gaul rata..
Potong croissant jgn sampai putus...letakkan salad n campuran tuna...
Dah siap untuk dimakan...senang sungguh kan hehehhe
Subscribe to:
Posts (Atom)












