Sunday, March 21, 2010

Char kuey Teow


Hari rabu lepas k ena ikut hubby g Seberang Jaya...selalunya masa dinner k ena n hubby mesti makan char kuey teow digerai bersebelahan hotel....gerai ni namanya kunci dlm bahasa malaysia....rupa CKT ni mmg tak cantik n menarik.... tapi percayalah rasanya yummy sangat...resepi ni k ena ambil dari internet..k ena sendiri tak pernah cuba...tapi kalau ada yg dah buat dengan resepi ni n sedap pula...bagilah tau k ena yer...

resepinya

untuk sos

200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat

3 sb kicap manis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara utk sos
1.Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2.Campurkan semua bahan utk sos dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi sos yg agak pekat...sejukkan

Cara masak kueh teow
1.Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb sos tadi. Masukkan udang yg telah direbus tadi n kerang. Letakkan sikit air dlm 1/2 cwn. 4.Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni cepat, pastikan api kuat semasa memasak....

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment