Thursday, February 25, 2010

Nasi Goreng Kerabu

nasi goreng kerabu ni selalunya k ena masak bila k ena buat BBQ....rasa kenyang sikit bila makan dgn ayam atau ikan bakar...

bahan yang diperlukan
nasi 1 mangkok sederhana besar ya
kacang panjang 6 btg
kobis 1/2 biji
udang kering 1 atau 2 sudu
ikan bilis 1 genggam
cili api 8 biji
serai 3 btg
bunga kantan 2
bawang merah 6 biji
bawang putih 4 biji
garam

ikan bilis n udang kering k ena mmg pakai byk sbb hubby k ena selalu g sabah so stok ikan bilis n udg kering mmg byk kat rumah...
satu lagi k ena mmg suka pedas so kalau takut kurangkan k..

cili api tumbuk dgn udang kering n sebahagian ikan bilis
masukkan bawang merah n putih
sebahagian ikan bilis lagi goreng sebahagian tumbuk n ketepikan
kacang panjang n serai n bunga kantan diricik halus
kobis dihiris

tumis bahan tumbuk dlm minyak gorengan ikan bilis
masukkan garam n kacau...
masukkan nasi n sebahagian dari sayur2an yg diricik n hiris tadi
masukkan juga ikan bilis yg ditumbuk n yg tidak
kacau rata...
n angkat...

akhir sekali sebelum hidang taburkan lebihan sayur2an tadi...
now bole lah makan hehehe

p/s kalau nak jadikan nasi goreng ni nasi goreng Thai (cara k ena lah hehehe)
semua sayur2an tadi hanya gantikan dgn daun limau purut...

1 comment:

  1. k ena nak ucapkan terima kasih pada k kay, eda, eita, lily, mai n zharif sbb jadi follower k ena...tq n muahhhh....

    ReplyDelete