K ena namakan blog ni Penambat Kasih kerana sebagai seorang isteri n ibu untuk menawan hati suami n anak2 pastilah dengan menyenangkan hati mereka, menggembirakan mereka serta hehehe mengenyangkan perut mereka...betul tak.. So dalam blog ni k ena akan post kan resepi2 masakan yang menjadi kegemaran serta kesukaan mereka selama ini.....k ena hope sesiapa sahaja yg melawat blog ini akan mencuba resepi2 yg terdapat didalamnya kerana ianya sangatlah simple n mudah utk diikuti......SELAMAT MENCUBA!
Friday, February 26, 2010
Ikan Masin dgn bawang
Ikan masin dgn bawang menjadi makanan berpantang utk k ena kebiasaannya...
aArwah mak kata org berpantang kena makan yg kering2 sahaja...minum pun setakat 1 mug...nasi tak bole tambah...tak taulah kenapa tapi k ena ikutkan jer sbb tentulah mak lebih tahu sbb dia yg makan garam dahulu...
Ikan masin pulak mak cuma bagi makan ikan masin duri mungkin murah kut...masa tu manalah ada duit nak beli ikan masin kurau...tp tak kisahlah hehehe sbb mmg sedap..
cara2nya
ikan masin duri
bawang besar
cili potong sebiji cukup
minyak utk menggoreng
cuci ikan potong n rendamkan utk buang masinnya
goreng dlm minyak yg sedikit
bila dh garing masukkan bawang n sedikit garam buat perasa
k ena makan dgn nasi panas, berulam kan jeruk kunyit n halia ditaburkan pula dgn lada hitam...rasa miss gak makan mcm tu sedapppp...
Selamat Berpantang Yanie....Sha coming soon...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment