Monday, January 10, 2011

Gara2 FB nak di tutup..Nama by EnaZamri Rashid on Tuesday, November 2, 2010 at 9:14am



Tarikh kelahiran k ena 6hb June 1964...ketika lahir abah berada di Congo berbakti untuk negara kerana abah seorang askar...dilahirkan dgn penuh kepayahan di Jelai Batu Kurau, Perak...itu menurut cerita nenek, mak n makcik..mak k ena lumpuh seketika...sedih gak bila dengar cerita2 nih...
Dengan penuh gembira n bahagia emak namakan k ena Zarina...ketika itu nama ni tengah naik ler kira2nya heheheh...lepas melahirkan datuk sedara yang pergi daftar...
Asal usul datuk sedara dari India kahwin dengan nenek keturunan Mandailing dari Medan duduk di Jelai, Batu Kurau Perak...

K ena pasti datuk sedara yg k ena panggil Tok Mamak sure sgt bangga n bahagia kerana menjalan kan tugas mendaftar nama k ena...bila pulang jadi lah nama k ena Jarinah Binti Abdul Rashid...hiduplah k ena sehingga hari ini dengan nama itu...kerana Tok Mamak tak bole pronounce Z...huhuhu
Masa k ena sekolah k ena dengar nama2 kawan2 yg lain sedap sedap belaka...Hasnita, Radiah, Fatimah, Noridah, Noraini, Hanaliza, Asmah Laili, Norazwa, Nor Azuan, Siti Salina, Hirza n ramai lagi...terasa malu n kecil yg teramat sangat...
Bila cikgu panggil nama atau kawan2 panggil terasa seram sejuk n malu...why my name tak sedap..rasa marah sangat why lah letak nama k ena mcm tu...sedih pun ada bila kwn2 tanya nama n bila sebut nama tu mereka akan ketawa (sebahagian kecil ya n nama2 diatas tdk terlibat!)

Berkenalan dengan hubby adalah saat yg sukar bila tanya siapa nama...percaya tak dek kerana malu dengan nama sendiri k ena sebut Zarina...k ena tak malu mengaku...akhirnya sebulan sebelum kahwin hubby tahu nama sebenar n dia relax jer...syukur lah dia tak reject hehehe...n hubby lah yg mengajar k ena menerima nama k ena itu dengan hati terbuka...tq bang..
Bila berkesempatan ikut hubby g oversea rata2 mat saleh suka nama k ena n every time mereka tanya what's ur name..k ena akan bagi tau nama n suprisingly mereka akan kata very nice name...pergi ke norway n sweden mereka pronounce nama k ena Yarinah...sedaplah pulak hehehhe
Slowly k ena terima... n confidence n self esteem pun terbina...alhamdulillah..

Anak2 k ena, k ena n hubby make sure nama dia org dpt diterima n tiada yg akan mengejek atau mentertawakan supaya mereka tak rasa rendah diri seperti k ena..
Anak yg sulung perempuan...Ili Shazwani Adlin then Mohamad Farhan then Mohamad Fahim n yang bongsu Mohamad Zharif...kalau ada rezeki ketika itu dlm thn 2007 nama anak bongsu kembar k ena mungkin Adrianna n Adrianni...tapi rezeki Allah dah tetapkan cuma 4 orang..

Now at age 46 k ena terima nama yg dahulunya k ena tak suka seadanya...k ena tau dengan nama ini lah rezeki k ena ok, mendapat seorng suami yg very loving..alhamdulillah n anak2 juga alhamdulillah....serta dapat juga berjalan n merantau keluar negara biarpun pelajaran tak seberapa... 

Yang membuatkan k ena terpanggil utk menulis di notes ini adalah kerana baru2 ni makcik k ena...iaitu anak2 tok mamak ada bertanya pada k ena ada tak k ena g tukar nama...g angkat sumpah utk tukar nama...k ena jawap tak cik...ena hidup dgn nama tu n ena mati pun dengan nama itu..
Nama sesungguhnya memainkan peranan n ada impact dlm kehidupan seseorang...betul kan...
Pada Tok mamak kalau boleh  k ena nak minta maaf kerana pada mulanya kehidupan  k ena, k ena  tak terima nama tu...now  k ena dah bole tersenyum n takda lagi rasa segan bila org memanggil nama  k ena...kalau dipandang dari sudut agama pula itulah nama yg baik yang Allah dh tetapkan untuk diri k ena...

Morale of the story...namakan lah anak2 dengan nama yang terindah dan juga yg ada makna...
As for me...k ena dh tak rasa apa2 bila org bertanya nama k ena apa... k ena akan terus kata nama saya Jarinah Abdul Rashid...biarpun masih ada yg ketawa kecil n tersenyum sinis...biarlah mungkin nama mereka indah tapi kehidupan mereka tak seindah kehidupan k ena....
Ya Allah aku mensyukuri niqmat mu.....aminnnn

No comments:

Post a Comment