Thursday, May 20, 2010

Pulut Kuning & Rendang Daging

560 gram beras pulut – dibesih dan ditoskan

Santan dari 1 biji kelapa
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
Air secukupnya

Rendam pulut dengan asam keping, air dan serbuk kunyit semalaman. Ratakan pulut dalam pengukus yang telah dialas dengan daun pisang or daun pandan...pastu kukuslah selama 20 minit atau hingga tiga suku masak....angkat dan masukkan ke dalam mangkuk...tuangkan santan yang telah dicampurkan dengan garam ke dalam pulut dan aron/gaul hingga rata.
Kemudian masukan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus lagi selama 20 minit.
Siap untuk dihidangkan.

*kalau nak mendapatkan pulut kuning yang cantik warnanya, masukkan sedikit kunyit hidup yang telah ditumbuk ke dalam pulut yang direndam semalaman...
Resepi ni k ena ambil dari internet n mmg menjadi...
Selamat Mencuba!

Rendang Daging



1 kilo daging

10 ulas bawang merah) 
5 ulas bawang putih  )
5 batang serai           )
halia 2 inci                )  semua ini diblender
kunyit hidup              )
cili kering 20biji        )
2 biji kelapa utk santan pekat
Garam secukup rasa
Asam keping
Kerisik 2 sudu besar
Daun kunyit
Daging dihiris n cuci dengan tepung untuk hilangkan hamis...
Masukkan daging dalam kuali, santan pekat n bahan blender masak dengan api sederhana..masukkan garam n asam keping...carik2an daun kunyit....sekali sekali kacau n masaklah hingga kering....tapi jgn lah kering sgt...:-)

Cuba Try k.....

Tuesday, May 18, 2010

Roti Jala dan Kuah Durian

Hmmmmm ini favorite hubby k ena sesangat...k ena pun suka gak sebenarnya hehehe.....kalau ada musim sure hubby k ena akn suruh buat...k ena sekeluarga suka makan dengan roti benggali...marah lah benggali semua...tapi itu lah namanya masa k ena kecil...tapi sekarang panggillannya dah lain roti buku hehehe...
Tau tak rupa roti benggali macam mana?



Ini k ena ambil dari the star....hmmmm sedapnyer kan hehehhe
K ena bukan lah nak bagi resepi roti tapi sekadar nak tunjuk rupa paras roti n orang yg buat roti tu....:P hiks

Ok back to resepi kuah durian apa yg k ena buat
Durian sebiji ambil isinya
santan sekilo
gula merah
gula pasir
daun pandan
2 sudu tepung jagung dibancuh dgn 1/2 cawan air
garam
daun pandan

Masukkan durian dlm periuk, santan  pastu ramas durian dlm santan tu tambahkan air sedikit untuk dijadikan kuah...masukkan gula pasir n gula merah...k ena suka gula merah timbang yg dulu2nya sebab warnanya cantik...brown sugar akan pucat warnanya...gambar diatas k ena ambil masa g tadarus...
pastu masukkan garam sedikit serta daun pandan n didihkan diatas api...last sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk likat/pekat kan kuah....dah siap kuah...

Roti jala



Cantikkan roti jala ni....ini bukan k ena buat.....ini mesti dibuat oleh org yg pro giler...kalau k ena buat secantik ni sure hubby k ena tak g kerja asyik ngadap k ena jer :P
yg k ena buat tu...oklah tapi tak lah secantik ini...kira2 bole makan lar hehhehe...n tak malulah untuk dihidang..

resepinya...

1/2 kilo tepung
1/2 gelas susu cair
2 gelas air
2 biji telur
perwarna kuning atau sedikit kunyit

Satukan semua dlm mangkuk kalau pekat tambah air...lepastu blenderkan n tapis...pastu lenggangkan ia diatas kuali nipis...n lipatlah ikut suka bentuknya...

Sunday, May 16, 2010

Nasi Ayam Hainan






Semalam fahim buat nasi ayam hainan...hehehhe k ena relaxlah...so k ena biarkan jer dia didapur...bila dah abis masak dapur huhuhu tapi tak apalah...k ena kemaskan lah lepas tu...
Hubby k ena balik dari main golf terus ke meja makan....

Ini resepi fahimlah.....

Beras 1 mangkuk sederhana
1 ekor ayam
bawang merah 6 biji )
bawang putih 4 biji ) di tumbuk
halia 2 inci )
kunyit hidup 2 inci )
daun pandan

untuk sos cili nya...
cili masak 3 biji )
cili api 5 biji ) di blender
bawang putih 3 biji )

kicap pekat secukupnya
daun sup n daun bawang
garam n serbuk perasa
timun dan salad sebagai

Rebus ayam hingga masak ketepikan...
Air rebusan ayam digunakan untuk masak nasi
Beras dicuci...tumis bahan tumbuk...masukkan beras n air rebusan ayam...masukkan garam n daun pandan

Sos cili semua bahan diblender n letak garam

Ayam selepas direbus tadi tak perlu digoreng lagi tapi kalau k ena k ena goreng sekejap jer tak perlu garing hehehhe...

Mee Hoon Sup & Mee Sup Simple


Last friday fetch hubby kat KLIA......pastu terasa lapar singgah lah di R & R Dengkil sebab terasa lapar pulak...k ena n hubby order meehoon sup n mee sup...to be honest dua2 hampeh hehehhe tak abis pun makan sbb tak sdp...tapi k ena snap gak lah foto tapi resepi yg k ena bagi ni resepi sendiri

Isi n tulang ayam 1 mangkuk
Fish ball
Fish cake
Crab ball
bawang merah  6 ulas,
bawang putih 5 ulas,
halia seinci,
serbuk perencah sup
garam secukup rasa
1/2 paket bihun atau 1 bungkus mee kuning
minyak masak untuk tumis
Air 2 mangkok

Sayur2an
Sawi
Taugeh
Cili Masak
Bawang goreng

Tumbuk bawang merah, putih, halia...lalu tumiskan, masukkan isi ayam dan goreng sebentar, masukkan air, masukkan serbuk sup, garam n sesedap rasa...
Masukkan juga fish ball n fish cake...didihkan...dah jadi kuahnya...
Sawi dihiris lalu di dicelur...taugeh juga dicelur, cili masak dihiris



Makan dengan sambal kicap....cara buatnya tumbuk cili api dengan bawang putih masukkan kicap

Rendang Kerang


Rendang kerang selalunya k ena masak bila raya haji...maklum saja raya haji banyak daging korban so mmg agak puas lah makan daging...so k ena selalu prepare rendng kerang untuk bawa balik kampung kuala pilah rumah hubby k ena....

kerang k ena sediakan 5 kilo
bawang merah 20 ulas
bawang putih 10 ulas
halia 3 inci
kunyit 3 inci
santan 1 kilo
cili kering 1 genggam
daun kunyit 1 ikat
kerisik 2 sudu
Asam keping 2
garam secukup rasa

Kerang dicusi n direbus tanpa air bila dah masak sejukkan n kopek
cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit di blender
tumis bahan blender...masak sebentar...masukkan santan, kerisik, asam keping n garam...masak hingga pekat....masukkan kerang n hirisan daun kunyit....suka hatilah kalau nak kering atau berkuah...
Sedap dimakan dengan nasi biasa, nasi lemak, ketupat atau lemang....


Saturday, May 15, 2010

Mee Tomyam


Kalau bulan puasa k ena rajinlah buat ni...tapi ni disebabkan just tinggal berdua dengan zharif sbb hubby g Sabah, Alynn ddk luar, Farhan juga g Sabah, Fahim pula ada kelas Dim Sum so k ena n zharif g makan kat gerai saja...tak berbaloi masak untu berdua...
Tomyam ni bole makan dengan mee or mee hoon...


100gm udang
100 gm sotong
100 gm ayam
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
8 biji cili api (ketuk jer)
2 batang serai ketuk
limau purut
2 biji limau nipis (ambil jusnya)
2 sudu besar pes tomyam
cauliflower
tomato
daun ketumbar

caranya

tumis bawang putih dgn sedikit minyak
masukkan air pastu tu biar air mendidih terjunkan lah ayam, udang n sotong
masukkan pes tomyam atau kiub tomyam, ketuk serai n limau purut last sekali masukkan perahan limau n garam..
masukkan tomato n bawang besar yg dipotong 4....
dah siap.....

Monday, May 10, 2010

Kuah Dalca Daging


semangkok daging
3 biji ubi kentang
5 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 cawan kacang dhal.....rebus lembut
4 biji cili hijau
2 biji cili hijau
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji terung bulat
2 cawan santan
3 sudu rempah daging alagapas
1 sudu kecil paste asam jawa
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] hiriskan
3 cm halia ]
1 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Potong daging dan bersihkan dgn tepung....belah 4 kentang,tomato, bawang besar dan terung.
Potong kacang panjang sepanjang dlm 2 inci....panaskan minyak..tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi. Masukkan rempah kari daging yg dijadikan paste dan biarkan sehingga naik minyak...
Masukkan daging dan santan secukup.
Renehkan sehingga lembuk/empuk.
Masukkan kacang dhal yg direbus n toskan tadi dan semua sayur yang dipotong.
Kacau lagi hingga mendidih dan kentang empuk.
Masukkan garam n sesedap rasa
Masukkan cili merah n cili hijau sebiji-sebiji.
Renehkan sehingga naik minyak lagi.
Sedap dimakan dengan nasi beriani, roti canai n murtabak..

Selamat Mencuba!