K ena namakan blog ni Penambat Kasih kerana sebagai seorang isteri n ibu untuk menawan hati suami n anak2 pastilah dengan menyenangkan hati mereka, menggembirakan mereka serta hehehe mengenyangkan perut mereka...betul tak.. So dalam blog ni k ena akan post kan resepi2 masakan yang menjadi kegemaran serta kesukaan mereka selama ini.....k ena hope sesiapa sahaja yg melawat blog ini akan mencuba resepi2 yg terdapat didalamnya kerana ianya sangatlah simple n mudah utk diikuti......SELAMAT MENCUBA!
Saturday, April 14, 2012
Pengat Buah Melaka
Ini konon2nya nak mereka pengat sendiri...bila surf internet rupa2nya dah ada hehhehe...tapi k ena buat juga n inilah hasilnya....:)
500 gm tepung pulut
100 gm gula melaka
250 ml santan kelapa
Sedikit pewarna hijau
1 helai daun pandan
200 gm gula
Air secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
1. Uli tepung pulut bersama air pandan dan pewarna hingga menjadi doh.
2. Potong gula melaka kecil-kecil.
3. Rendamkan biji sagu, bentukkan tepung pulut tadi menjadi bulat dengan gula melaka di tengahnya sebagai inti.
Macaronni Goreng
Ini k ena selalu buat masa bulan puasa...anak2 sangat suka...k ena suka macaroni zaman 80an yg panjang berlubang ditengahnya...k ena suka patah tiga...ini pendek2 tak menarik....tp dh tak ada nak buat mcm mana kan...
Ini resepinya kalau nak cuba...
500gm macaroni direbus
1 peket daging cincang
Bawang besar 1 labu
Bawang putih 8 ulas
Cili Boh 2 sudu
Carrot
Capsicum merah & hijau
Blender bawang2...tumis...masukkan cili...kacau...masukkan daging cincang kacau...
Masukkan carrot & Capsicum, garam dan kicap n bole lah masukkan macaroni.. gaul rata...dah siap..
Agar2 Gula Melaka
AGAR-AGAR LAPIS (GULA MELAKA)
Resepi ehsan MrsNor Wahid GTPM
Bahan A
10 gm serbuk agar-agar
150 gm gula melaka + 1 sudu makan gula pasir
870 ml air
2-3 helai daun pandan (simpul)
sedikit pewarna cokelat
Bahan B
10 gm serbuk agar-agar
140 gm gula pasir
870 ml santan
1 sudu teh garam
Bahan C
Loyang berukuran 8"x 8"x 3"
Cara-Cara
1) Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih.
2) Tuang ke dalam loyang sebanyak 200ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar2 santan (Bahan B). Biarkan sehingga lapisan kedua ini hampir keras juga.
3) Kemudian tuangkan lapisan seterusnya berselang-seli, plain dan coklat. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan.
4) Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
5) Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin...
Cheese Muffin
Cheese Crab Savoury Muffin
1/2 cawan olive oil
1/2 cawan susu cair
3 cawan tepung
3 sudu kecil baking powder..
3 biji telur
1 cawan carrot~grated
sedikit daun bawang
1/2 cawan bawang goreng
10 batang ketam filamen
cheese 1/2 cawam
garam n pepper
Masukkan tepung dlm bekas, masukkan telur n kacau, masukkan semua bahan basah, garam n pepper, masukkan susu dan olive oil....gaul rata...scoop dlm acuan...bakar dlm suhu 210'c selama 20 minit...:)
Penjan
Ini yg paling senang didunia hehehe
Ubi Kayu
Gula Merah
Daun Pandan
Rebus ubi dlm air yg diletak garam sedikit...bila ubi dh empuk...air jgn buang...terus masukkan gula merah...masak sampai likat...letak daun pandan...hmmmmmm sedappp..
Kek Epal
Kek Apple
300gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
3 biji apple hijau (1 biji didadau, 2 biji dihiris keping utk hiasan diatas adunan)
120 margerine
100 gm gula kastor
100 gm gula perang
3 biji telur
1. Pukul margerine dengan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji sebiji, masukkan esen vanilla..
2. Masukkan baking soda, baking powder n serbuk kulit kayu manis kacau pelahan
3. Masukkan tepung gandum berselang seli dgn hirisan dadu apple
4. Masukkan adunan didalam acuan yg boleh dibuka...tanpa perlu ditebalikkan keknya...
5. Bakar dlm suhu 250'C selama 40 minit...
6. Taburkan gula ising diatas kek...
Fetucini My Style
500 g spaghetti/linguini/fettucine
3 ulas bawang putih
5 biji cili api
5 biji telur
1/2 cawan Parmesan cheese
1/2 cawan double cream
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar parsley flakes
Seafoods
Cendawan
Cara-cara
Masukkan telur, parmesan cheese, double cream, lada hitam dan garam ke dalam mangkuk. Pukul bahan-bahan ini sehingga sebati.
Rebus fetucini dalam periuk sehingga lembut dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan cili api yg ditumbuk td masukkan seafood dan cendawan Goreng sehingga masak.
Masukkan fetucini yang masih panas ke dalam kuali.
Alihkan kuali daripada api.
Masukkan bahan-bahan yang telah dipukul tadi ke dalam kuali kacau pastu masukkan parsley flakes dan kacau lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)



