K ena namakan blog ni Penambat Kasih kerana sebagai seorang isteri n ibu untuk menawan hati suami n anak2 pastilah dengan menyenangkan hati mereka, menggembirakan mereka serta hehehe mengenyangkan perut mereka...betul tak.. So dalam blog ni k ena akan post kan resepi2 masakan yang menjadi kegemaran serta kesukaan mereka selama ini.....k ena hope sesiapa sahaja yg melawat blog ini akan mencuba resepi2 yg terdapat didalamnya kerana ianya sangatlah simple n mudah utk diikuti......SELAMAT MENCUBA!
Saturday, April 14, 2012
Mee udang
Mee udang ni k ena buat kalau musim2 perayaan...
Mee Udang
Mee 1 bungkus
Sawi
Daun bawang
Bawang goreng
Udang 1 kilo
Cili kering 1 genggam )
Bawang besar 2 labu ) diblend
Bawang putih 5 ulas )
Udang kering 1 genggam )
Ubi kentang 2 biji direbus n diblend
Garam secukup rasa
Rebus udang n angkat...jangan buang airnya
Tumis bahan blend hingga wangi...masukkan air udang, masukkan kentang yg direbus dan diblend, masukkan garam..
Masakan k ena mmg simple...k ena tak suka renyah2 hehehe
Kek Pisang
Kek Pisang yg menjadi kegemaran anak2...:)
Kek Pisang resepi ehsan wan hanim frm GTPM
Bahan-bahan:
-2 cawan tepung gandum
-1 cawan gula
-3 biji telur
-5 biji pisang ( dilenyek )
-1 sudu kecil baking powder
-1 sudu kecil bikarbonat
-1 cawan minyak
-Hirisan pisang ( untuk hiasan )
Cara-cara:
-Pisang dilenyek, ketepikan
-Pukul telur dan gula hingga hancur
-Masukkan soda bikarbonat, baking powder dan pukul lagi
-Masukkan minyak, tepung gandum dan pisang yang dilenyek
-Gaul rata
-Sapu marjerin pada loyang, tuang adunan tadi
-Hias dengan hirisan pisang di atas adunan
-Bakar selama 45-50 minit at 170degrees
Nasi Paella
Nasi ni k ena makan masa k ena gi pre 25th anniversary to Spain/Morocco tahun 2011...disana tak lah ada masuk cili api...tapi k ena masukkan...
Nasi Seafood Paella
Beras basmathi 3 pot rendam sekejap
bawang putih 10 ulas n cili api 20 biji di tumbuk
capsicum merah n hijau setiap 1 dihiris
sedikit oregano
garam secukup rasa
sedikit udang
sedikit sotong
sedikit kupang
sedikit kepah
lemon dan daun parsley sebagai hiasan
Tumis bahan tumbuk dalam olive oil...masukkan semua seafood, kacau...masukkan garam n oregano...tutup...biarkan sebentar....keluarkan sebahagian seafoods utk hiasan...masukkan beras n air panas secukupnya...tanak nasi hingga masak...sebelum kering masukkan capsicum..tanak hingga mask...Masa nak makan hias lah sesuka hati....Just nak bg tau...masaklah bila ada apa2 keraian...sebab mmg tak economy hehehhe...:))
Nasi Masala
Nasi masala ni makan dgn ayam masala dan papedom mmg heaven...cubalah kalo tak percaya...anak2 k ena n hubby suka sangat...teringat masa duduk UK...
resepinya...
3 cawan beras basmathi rendam dlm 30 minit
3 cawan air
Bahan paste
Secekak daun ketumbar )
Bawang putih 4 ulas )
Halia 1/2 inci ) diblend
Cili hijau 4 biji )
Bahan tumis
Kulit Kayu Manis 1 inci
Buah pelaga 4 biji
Lada sulah 1 sudu kecil
Bawang besar dicincang halus
Garam masala 2 sudu
Tumis bahan tumis...masukkan bahan paste...masukkan garam masala, masukkan beras, masukkan air, masukkan bay leaf, masukkan garam...tanak..
K ena teringat Aimee Nour kata kalau nak cantik warnanyer letak tomato puree so k ena masukkan 1 tin kecil...:)
Hiasan...daun ketumbar n kacang gajus
Ayam Masala
Dah lama giler k ena tak update blog...kesian yg datang asyik resepi yg sama...insyaAllah k ena akan slowly updatekan k...ini resepinya..
Ayam Masala
1 ekor ayam
Bawang besar 2 biji )
Bawang putih 5 ulas) di blend
Halia 1 inci )
Rempah Masala 3 sudu dibancuh dgn air
Tomato buah 6 biji
Plain Yogurt 2 sudu besar
Tumis bahan blend...masukkan rempah masala, masukkan tomato n yogurt serta garam...reneh selama 40minit...letak air 1/2 cawan..
Cubalah ya.,..bole makan dengan capati atau roti arab atau roti biasa..
Ayam Masala
1 ekor ayam
Bawang besar 2 biji )
Bawang putih 5 ulas) di blend
Halia 1 inci )
Rempah Masala 3 sudu dibancuh dgn air
Tomato buah 6 biji
Plain Yogurt 2 sudu besar
Tumis bahan blend...masukkan rempah masala, masukkan tomato n yogurt serta garam...reneh selama 40minit...letak air 1/2 cawan..
Cubalah ya.,..bole makan dengan capati atau roti arab atau roti biasa..
Friday, February 3, 2012
Tahu Jepun
Tahu jepun - goreng dan toskan
aneka sayur ikut suka
k ena masuk kan sawi n carrot
sos tiram
kiub ayam - optional
garam
sedikit kicap
bawang putih - cincang halus
sedikit air
tepung jagung nak bagi kuah pekat
telur dgn lada sulah skit pukul (utk bubuh dalam kuah)
tumis bawang putih hingga naik bau
masukkan sayur goreng sekejap pastu
masukkan sos tiram, kicap , kiub ayam campur,
tepung jagung campur dengan air skit utk pekatkan kuah & telur yang dipukul ...masak sekejap last sekali baru masuk tahu jepun...
Resepi ni k ena dapat dlm internet....dulu2 lah...mmg ok sedap n anak2 suka...:)
aneka sayur ikut suka
k ena masuk kan sawi n carrot
sos tiram
kiub ayam - optional
garam
sedikit kicap
bawang putih - cincang halus
sedikit air
tepung jagung nak bagi kuah pekat
telur dgn lada sulah skit pukul (utk bubuh dalam kuah)
tumis bawang putih hingga naik bau
masukkan sayur goreng sekejap pastu
masukkan sos tiram, kicap , kiub ayam campur,
tepung jagung campur dengan air skit utk pekatkan kuah & telur yang dipukul ...masak sekejap last sekali baru masuk tahu jepun...
Resepi ni k ena dapat dlm internet....dulu2 lah...mmg ok sedap n anak2 suka...:)
Saturday, August 20, 2011
Kerabu Epal Hijau
Dalam peri ais ada 3 biji apple nak makan sekarang bulan puasa...k ena pun buatlah kerabu untuk berbuka...k ena buat style thai pakai serai n cili api...hmmm sedappp sangat...semua mesti kena cuba..:)
k ena ambil
Apple 3 biji grated dgn kulit sekali
Udang kering segenggam n goreng tanpa minyak pastu grind
Serai 1 batang hiris halus
Daun limau purut 5 helai hiris
Cili api 6 biji hiris
Perahan lemon
Garam sedikit
n Gula sedikit
Mixed semua...n masukkan dlm fridge....dah siap...senangkan...:))
Subscribe to:
Posts (Atom)



