Tuesday, July 5, 2011

Daging Goreng Kunyit

gambar ehsan lela tmgs90

Ini fav anak2 k ena terutama farhan...kalau buat daging goreng kunyit mmg tak sempat nak sampai makan malam...tapi k ena puas hati...masak ni mcm kita masak kicap...cuma tak ada kicap..
apa yg k ena buat...ambil

1 mangkuk daging dihiris terlebih dahulu
2 labu Bawang besar dihiris bulat
3 biji bawang putihdihiris nipis
3 biji cili merah dipotong panjang
sedikit cili api utk pedas
seinci halia dihiris
garam
kunyit serbuk
minyak utk menggoreng
air panas 2 cawan


Daging yg dihiris dicuci dgn tepung dan dibilas...pastu digaram kunyitkan...pastu digoreng terlebih dahulu..
bila dh goreng empukkan dgn 2 cawan air panas...tutp dgn tudung periuk dan masak hingga kering...bila dh kering masukkan semua hirisan bawang, halia n cili tu...gaulkan n taraaaaa dh siap...heheheh
Senang sangatkan...:)

Ayam green curry


K ena juga order chicken green curry sbb hubby suka...mmg sedap tapi tak bole nak habis...kalau ada anak2 sure habis...chicken green curry selalunya k ena orer...tk pernah masak pun...kalau makan kat restoren thai...ini salah satu dish yg pasti order...so k ena bg resepinyer k..


Resepinyer.
500g ayam dipotong kecil.
150ml santan
100g green curry paste
200g terung dhiris kasar
sejemput daun ketumbar
sejemput daun pudina
sejemput daun basil/selasih
1 biji green pepper

5 biji cili hijau
2 tbspoon fish sos
sedikit gula
Minyak untuk nenumis
1 batang serai diketuk
2 biji bawang putih diketuk uga
1 biji carrot dihiris
garam secukup rasa

Cara2nya....blender daun ketumbar, pudina n basil serta cili hijau, fish sos, gula dgn 150ml air sampai jadi paste..pastu panaskan periuk...tumis bawang putih dgn serai hingga wangi masukkan ayam, green paste tadi n green curry paste yg dijual di hypermarket...kacau hingga ayam masak....masukkan carrot, green pepper n terung...masak hingga terung empuk...last sekali masukkan santan n garam sesedap rasa...
Ok...dah siap..:)
.

Selamat menjamu selera...


Nasi Goreng Nenas


Balik dari Morocco/Spain...k ena sambut 25 tahun anniversary...alhamdulillah k ena bahagia dgn limpahan kasih sayang suami n anak2...k ena balik 9hb...anniversary k ena 10hb...pagi tu k ena ajak anak2 bujang k ena pergi cari hadiah utk ayah mereka...punyalah tak tau nak beli apa...akhirnya k ena beli Putter sebab hubby k ena main golf...
Malam tu hubby k ena ajak pergi makan direstauran thai...k ena mmg suka masakan thai...so he knows what k ena like eh hehehhehe...


Nasi ni k ena order...tapi makan tak abis...yg lain semua habis hehehhehe


So resepinyer...
3 cawan nasi putih ( lagi sedap guna beras jasmine)
5 ekor udang basah ( udang harimau)-dibuang kulit dan hiris kasar.
1 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
2 sudu besar mix vegetable
1/4 biji nenas ( dipotong dadu)
1/4 biji bawang besar ( dicincang halus)
1 biji bawang putih ( dicincang halus)
sedikit lada sulah
1 biji telur ( dipukul sedikit)
sedikit bawang goreng n kacang gajus untuk hiasan
2-3 biji cili padi ( dicincang halus)
1 sudu kecil minyak bijan

Mula-mula panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi, setelah naik bau masukkan mix vegetable dan udang. kacau sebati. Kemudian masukkan udang kering dan telur, selepas itu masukkan nenas, lada sulah, garam dan nasi, kacau sebati, akhir sekali masukkan minyak bijan...Angkat dan tabur sedikit dengan bawang goreng n kacang gajus yg digoreng terlebih dahulu..


Dah siap...bolelah makan..:)




Monday, July 4, 2011

Kuskus Moroccan Cuisine


Masa di Morocco n Spain dapatlah makan makanan ciri khas orang morocco yg dinamakan kuskus...dalam kumpulan 13 orang ni ada yg suka...ada yang tidak...hubby k ena kata bole lah...nak cuba2 makanan orang..k ena suka kutip kacang kuda tu sedap heheheh
Masa k ena gi Spain k ena pergi melawat tempat2 kebesaran agama islam satu ketika dulu..nama tempatnyer Alhambra...setiap orang islam yg punya kelapangan must pergi tempat ni...sedih pun ada kerana dah jatuh ketangan org2 bukan islam..:(


ini hubby n k ena didepan Alhambra dgn gaya tersendiri hehehehe

Alhambra ni sebuah istana besar yg begitu cantik n indah permandangannyer...susah nak gambarkan...


Ini serba sedikit cerita Alhambra yg k ena ambil dari internet...

Nama Alhambra, menandakan dalam Bahasa Arab yang merah (Al Hamra الحمراء), ialah kemungkinannya berasal dari warna kering-matahari tapia, atau batu-bata dibuat daripada batu kelikir dan tanah liat halus, yang mana dindang luar dibina. Sesetengah wibawa, however, hold that it commemorates the obor api merah yang mana lampu the work of construction was dibawa pada nightly for many years; yang lain bersekutukannya dengan nama pengasas, Muhammed Ibn Al Ahmar; dan yang lain mengaku asalya dari Bahasa Arab Dar al Amra, Rumah Tuannya. Istananya dibina chiefly diantara 1248 dan 1354, dibawah pemerintahan Al Ahmar dan penggantinya; tetapi juga nama-nama seniman utama yang diberikan kerja sama ada tidak diketahui atau diragu-ragukan.


Kecantikan arabesk dibahagian dalam dianggap sebagai karya, digalangan raja-raja lain, kepada Yusef I, Mohamed V, Ismail I, dll. Selepas bandaraya itu jatuh kepada taklukan Kristen 1492, penakluknya bermula untuk mengubahkan Alhambra. Kerja terbukanya telah digenangi cat kapur, lukisan dan air emas dipadamkan, perabotnya dikotorkan, dikoyakkan atau dialihkan. Charles V (1516–1556) membina-balik portions in the Renaissance style of the period, dan memusnahkan sebahagian besar istana musim sejuk untuk memberikan ruang ke struktur gaya Renaissance yang tidak pernah diselesaikan. Philip V (1700–1746) meng-Italikan biliknya, dan menyelesaikan istananya ditengah-tengah yang dahulunya bangunan Moor. Dia mendirikan sesekat yang menghadangkan semua pangsapuri. Pada abad-abad berikutnya bawah wibawa-wibawa Sepanyol, kesenian Moor bersambung dengan lebih kerosakannya; dan pada tahun 1812 sesetengah menara-menara telah dihancurkan oleh orang Perancis dibawah Count Sebastiani, sementara keseluruh bangunan-bangunan narrowly escaped nasib yang sama. Napoleon telah mencuba untuk menghancurkan kompleks dengan seluruhnya. Sebelum sahaja rancangannya dijalankan, seorang askar yang dengan rahsianya mahukan rancangan Napoleon — komandernya — untuk digagalkan, menanggalkan fius bahan letupan dan dengan itu menyelamatkan Alhambra untuk generasi akan datang.


Pada tabun 1821 sebuah gempa bumi telah memberikan kerosakan yang lebih teruk. Kerja pembaikian telah mengambil tempat pada tahun 1828 oleh arkitek Jose Contreras telah dibiayai pada tahun 1830 oleh Ferdinand VII; dan selepas kematian Contreras pada tahun 1847, pekerjaan pembaikian ini disambungkan dengan kemajuan yang agak bagus oleh anak lelakinya Rafael (d. 1890), dan cucu lelakinya Mariano..


Ok resepi kuskus...ini pun k ena ambil dari internet...kawan k ena dh masak...k ena...belum heheheheh


Bahan2nya...

500g kuskus
1 sudu besar garam
2 sudu besar minyak makan
2 sudu besar mentega
1/2kg daging dipotong besar...
1 labu bawang besar - dihiris
2 biji kentang - dipotong besar-besar
1 batang timun - dpotong besar-besar
1 batang lobak merah - dipotong besar-besar
1 genggam kacang kuda - rebus dulu
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil serbuk halia
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 biji tomato- dicincang
1 sudu kecil serbuk paprika
1/2 genggam daun parsli - dicincang
1 genggam daun ketumbar - dicincang

Cara masak kuskus: kalo beli yg instant kt kotak dia ada bgtau cara nak masak. Tp biasanya kalo 500g kuskus ni guna 1/2 liter air, didih dengan 1 sudu besar garam dan 2 sudu minyak. Kuskus akan menyerap air dan kembang. gaul-gaul dengan garpu. Gaulkan dengan mentega. kalo rasanya masih tak cukup kembang tambah sikit2 air. Angkat bila dah rasa kembang dan lembut (tak bejelantah mcm masak nasi).


Cara masak sayur: Panaskan minyak, masukkan daging (guna pressure cooker lagi baik..). Biarkan hingga lembut. baru masukkan bawang besar, masukkan rempah ratus-serbuk kulit kayu manis, serbuk paprika, serbuk halia, serbuk kunyit, serbuk lada hitam. tumis sikit. Masukkan tomato dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan kacang kuda. Masukkan lobak merah dan kentang biarkan dulu. dah agak lembut lobak merah dan kentang masukkan timun pula. Tambah air utk berkuah. Masukkan daun parsli dan ketumbar, akhirnya garam. Apabila hidang..tuang gulai sayur atas kuskus. Kuah akan meresap dlm kuskus.

Cuba ek kalo nak something different....:) 

Paella Spanish Cuisine




Dari Morocco k ena, hubby n friends menyeberangi the Straits of Gibraltar ke Sepanyol....kalau tengok dari muka buminya mcm sama...di Morocco ada kebun zaitun...di Spain juga ada...sepanjang perjalanan kita akan jumpa patung billboard El Toro...seekor lembu jantan yg besar yg menjadi kebanggaan org2 Spain...makanan halal amat susah di Spain...mmg merana kalau tak bawa bekalan seperti magie, berahim, tuna spread...akhirnya jumpalah masakan ciri khas org2 Spanish yg namanya paella...iaitu nasi yg dicampur sekali dgn seafood....sebenarnya ada mcm2 tapi k ena n hubby pilih yg seafood....mmg sedap...:)


inilah el toro yg k ena ceritakan tadi.

Resepi ni k ena ambil dari internet...hope kita bole sama2 cuba...rasanyer masa k ena makan mmg sedap tambah pula cili api kecil yg pedas giler tu dipicit2...mmg terasa bahang kepedasannyer...

3 cawan Beras basmati
2 liter stok (sayuran, ikan atau ayam)
Semangkok siput, udang, sotong utk seafood atau nak digantikan dgn 1 ekor ayam 1.5 kg di potong 12 pun bole
1 cawan minyak zaitun
3 lada bengala di dadu
6 biji tomato di dadu
1 batang lobak merah di dadu
satu bungkus/tin buah peas
5 biji bawang merah di dadu
Secubit saffron
1 sudu kunyit
2 sudu jintan halus
2 sudu jintan kasar
Sedikit biji pala di kisar
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
1 bunga lawang
5 cengkeh
Garam
Lada puteh dan hitam

Gunakan kuali paella kalau ada. Kalau takda bolehlah gunakan periok biasa. Pijarkan minyak. Masukkan all seafoods or ayam . Biarkan sebentar sambil kacau pastu masukkan tomato dan saffron. Masukkan pula beras dan gaul dengan bahan tadi. Masukkan stok sedkit demi sedikit. Masukkan bahan rempah dan gaul selalu. Biar air kering dan nasi sudah nampak lembut (iaitu kira-kira 45 minit) masukkan sayuran. Masak lagi untuk 10 minit.


Cuba lah ek...k ena pun nak cuba masa bulan puasa nanti....:)

Saturday, July 2, 2011

Ikan Cencaru belah belakang

gambar ehsan lela tmgs 90

Hmmmm resepi ikan belah belakang ni mmg fav k ena sekeluarga...masa k ena ada maid nama yati...dia mmg rajin buat masakan ni...now yati not with k ena lagi selepas 8 tahun bersama...so k ena amat jarang lah buat...tapi resepi yg k ena ajar yati mcm ni lar...

4 ekor ikan cencaru yang bersaiz besar
minyak masak untuk menggoreng
sejemput cili kering    )
2 ulas bawang besar   ) diblender
3/4 ulas bawang putih )
sedikit belacan           )
satu sudu kecil gula 
garam secukup rasa 
asam jawa 

apa yg k ena suruh yati buat...

ikan dicuci terlebih dahulu pastu belah belakangnyer...
pastukan campurkan cili merah,cili api,bawangbesar,bawang putih,belacan,gula garam dan tumbuk sehingga hampir lumat...
sumbatkan bahan yang diblend kat belakang ikan tu...
tapi sebelum sumbat bahagian luar ikan dilumur dengan asam jawa, kunyit n garam.....kemudian panaskan minyak dan masukkan ikan satu persatu...gorenglah ikan tersebut sehingga garing masak. 

Tangine Chicken


Ya Allah diam tak diam dah 5 bulan k ena tak update blog...ada yg bertanya kenapa k ena tak aktif spt dulu...ntahlah ek tiba2 jadi malas tahap gaban (budak2 skrg nyer phrase)...gaban tu aper k ena sendiri tak tau hehehehe tapi bila dh semua guna...k ena pun gunapakai lah...

Last feb k ena sambut 25thn anniversary...so hubby k ena bawa k ena pergi ke Morocco/Spain bersama2 kawan seramai 13 org...mmg seronok...kumpulan ni bole dikatakan semuanya parents yg mencari ketenangan setelah berpenat lelah membesarkan anak2...setelah 25thn berkahwin baru lah k ena berpeluang berholiday berdua just me n hubby...bole dikatakan ianya our 2nd honeymoon....:)
Bercuti mmg seronok....sambil melihat negara org sambil makan...tapi ikut pakage mmg tiring...frm KLIA jam 11mlm terus ke Dubai transit sebelum ke Cassablanca...perjalanan yang sungguh lama...duduk di atas kapalterbang selama 16 jam...org Perak kata chemuihhh....heheheh nasib lah ada inhse entertaiment so dari satu filem ke satu filem k ena tonton...

Bila nak bagi resepi nihh...hehehhe japlar...k ena nak juga cerita keindahan negara org...sampai Morocco lawatan yg mengambil masa 6 hari amat menginsafkan...seronok2 negara org seronok lagi negara sendiri...terasa bersyukur sgt...ramai org miskin tegar disana...style of living antara org miskin dan kaya amat besar jurangnyer...slump area mereka begitu padat...aduh mmg kesian...
Paling tak bole lupa pergi ke tempat buat barangan kulit...mereka perlu merendam kulit dlm air campuran najis burung yg kuat bau tidak enaknya...ishhh apa ckp bab ni kat blog masakan...tapi tak apakan k ena nak bg tau mcm mana keadaannyer...kalau cerita mmg tak cukup kajang org kata...kalau ada kesempatan pergilah insyaAllah fahamlah apa yg k ena maksudkan...


inilah geng yg pergi holiday dgn k ena n hubby


inilah tempat buat kulit yg k ena ceritakan


inilah dalam kawasan medina di morocco...lorongnyer amat sempit...kenderaan yg dibenarkan hanyalah keldai...n bila keldai lalu baunyer amatlah *wangi hehehehhe

Ok sampailah masanyer k ena bagi resepi Chicken Tangine nih hehehe...k ena ambil resepi ni dari internet...k ena sendiri tak pernah cuba sbb k ena tak beli periuk tangine ni...tapi sebenarnya bole ajer masak dlm periuk apa sekali pun...:)
Resepinyer...
Apa yg diperlukan
  • 2 biji bawang putih di cincang
  • olive oil (or any oil) utk pan-frying chicken and mixing marinade
  • 1 atau 2 ekur ayam, dipotong besar
  • Rempah2nyer:
    • 1/4 teaspoon black pepper
    • 1/4 teaspoon halia
    • secubit saffron
    • 1 teaspoon jintan(optional)
    • 1 teaspoon kunyit serbuk
    • 1 batang seinci kulit kayu manis or serbuk kulit kayu manis(optional)
    • 1 teaspoon ketumbar(optional)
  • 2 biji bawang besar dicincang halus
  • 2 cawan stok ayam
  • 2 biji lemons, dihiris bulat
  • garam 
 Apa yg perlu dibuat
  • Campurkan bawang putih, black pepper, n 1 teaspoonful minyak....sapukan pada ayam dan perapkan selama 1 malm.....
  • Panaskan minyak dlm periuk tagine.....goreng ayam hingga sedikit garing masukkan black pepper, halia, and saffron...masukkan bawang besar cincang tadi n kacau utk a  few minutes.
  • Masukkan ayam, stok ayam n didihkan kurangkan sikit apinyer tutup dgn penutup tapi tak rapat...biarkan sebentar...
  • Maukkan hirisan lemons, garam n sesedap rasa...keluarkan ayam n ketepikan..kacau kuah yg tinggal hingga pekat....
  • Hidangkan ayam tangine dgn kuahnyer diatas...
Addoiiii berpeluh gak nak translate resepinya...so apalagi bole lah cuba k...not necessary chicken...ikan pun boleh...:)

Selamat Mencuba!