K ena namakan blog ni Penambat Kasih kerana sebagai seorang isteri n ibu untuk menawan hati suami n anak2 pastilah dengan menyenangkan hati mereka, menggembirakan mereka serta hehehe mengenyangkan perut mereka...betul tak.. So dalam blog ni k ena akan post kan resepi2 masakan yang menjadi kegemaran serta kesukaan mereka selama ini.....k ena hope sesiapa sahaja yg melawat blog ini akan mencuba resepi2 yg terdapat didalamnya kerana ianya sangatlah simple n mudah utk diikuti......SELAMAT MENCUBA!
Friday, August 15, 2014
Kerabu Timun
Timun Jepun 1 buang tengahnya
Bawang besar 1 labu
Serai 1 batang
Bunga kantan 1
Daun Ketumbar sedikit
Kacang Goreng
Cili Api dan cili merah dihiris
Perahan limau sedikit
Sos Ikan 1 sudu besar
Gaul rata semuanya dan biarkan sebentar sebelum dihidang agar ianya mesra
Kerabu Ayam Kampung
1 dada ayam digaram dan ketuk serai lalu direbus dgn air kelapa kemudian digoreng dan dicarikkan
1 labu bawang besar
1 biji tomato
1 biji cili merah
5 biji cili api
Beberapa helai daun selasih
1 batang serai
Garam dan gula secukupnya
Perahan lemon
Gaul semuanya dan hiaskan dengan daun ketumbar
Kerabu Ikan Dory
Kepingan Ikan dory direbus dalam air garam
1 bunga kantan
1 batang serai
1 labu bawang besar
Sedikit daun ketumbar
Perahan Lemon
1 sudu besar sos ikan thai
Hirisan Cili api
Hirisan Cili merah
Sedikit gula
Kerabu Kacang botol dengan kerang
1 cawan kerang rebus
6 Kacang botol
1 genggam Udang kering
Cili masak dan cili api
1 labu bawang besar
1/2 cawan kerisik
gula dan garam
limau nipis 1 sudu
Sangai udang kering tumbuk dengn cili, bawang besar
Gaul rata masukkan kerang n kerisik serta kacang botol..
Kerabu Jantung Ikan Bilis
1 Jantung pisang rebus lalu dihiris
1 labu bawang besar
1 biji tomato
Segenggam Ikan bilis goreng
1 batang serai
Daun ketumbar untuk hiasan
3 biji cili api
1 biji cili merah
Gula dan lemon secukupnya..
Gaul semua n sedia dihidangkan...
Kerabu Ikan Bilis ala Thai
1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
1 biji tomoto dihiris dan buang bijinya
1 labu bawang besar dihiris
1 serai diricik
1 bunga kantan diris
5 biji cili api merah dihiris
sedikit daun ketumbar dihiris
perahan lemon
garam dan gula secukupnya
Gaul rata semuanya..sedia untuk dihidangkan..
Selamat Mencuba
Grill Salmon
Grill salmon
ini sangat senang..anak n hubby sangat suka..apa yg k ena buat
Marinate dengan bahan2 ini selama 2 jam...
gula merah 3 sudu
kicap 1/4 cawan
2 sudu sesame oil
bawang putih 3 ulas
garam sedikit sahaja sbb kicap dh masin
atas kuali spray olive oil n masak n balik balik kan....
senang kannnn...:)
Thursday, December 5, 2013
Chola Tikki (chickpeas patties)
Chola Tikki (chickpeas patties)
Kentang 3 biji
Chickpeas/kacang kuda 1 tin
Daun sup 1 mangkuk kecil
Cili api suka hati
Black pepper 1 sudu kecil
Lemon juice 2 sudu
Garam secukup rasa
Rebus kentang ramas dgn chickpeas..campurkan bahan yg lain...kepal2kan n goreng dlm minyak yg sedikit..
Ikan Cencaru Sumbat
Ikan cencaru
Blend bawang besar, putih n buah keras
Campurkan dlm 3 sudu cili boh tambah -asam jawa paste 1/2 sudu..letak garam n gula..masukkan kat belakang ikan...
Dalam pemangang ajaib letak daun pisang..letak ikan yg telah disumbat n letak minyak sikit...masak sambil balik2 kan..
Kari Ayam Nyonya
Kari Ayam Nyonya
Ayam 1/2 ekor
Bawang merah 6 ulas
bawang putih 4 ulas
Serai 3 batang hiris
Lengkuas 1 inci
Halia 1 inci
kunyit hidup 1 inci
Buah Keras 4 biji
Cili Kering ikut pedas
Cili Masak 2
Serbuk rempah daging 1 sudu besar
Blend semua kecuali ayam lah kan hehe n rempah....pastu tumis..masukkan rempah kari, daun kati...kacau...sampai wangi masuk ayam...masuk santan..masuk kentang n daun limau purut..dah siap —
Pai Ayam
Pai Ayam
BAHAN-BAHAN PASTRI
300 gram tepung gandum
150 gram mentega sejuk, didadu kecil
Secubit garam (kalau guna mentega bergaram atau majerin, tak perlu garam)
4 - 5 camca besar air ais
*resepi ni k ena ambil dari Dapur Tanpa Sempadan nya blog
Intinya k ena punya sendiri..
Tumis bawang putih dlm 1 sudu butter
masukkan sos maggie cendawan
masukkan ayam yg didadu
masukkan carrot
masukkan kentang
Masukkan lada hitam sedikit
masukkan daun saderi
masukkan garam sedikit
Biarkan atas api hingga masak..letak 1 sudu tepung gandum untuk pekatkannya...kalau masih cair tambah lg tepung.
Ayam bersos limau sunkis
1. Ayam filet k ena basuh dgn tepung n goreng dengan tepung jagung yg letak garam...ketepikan
2. Tumis bawang putih dngan halia dlm minyak yg sedikit..masukkan sos plum n sedikit garam
3. Masukkan capsicum yg didadu..done..
Sosnya
Perahan sunkis 2 biji..masukkan dlm periuk..masukkan air tepung jagung n kacau..masukkan sedikit sos plum...dah masak curahkan atas ayam...oh ya letak kunyit sikit nak bg kuning.
Ayam Kung Pao
Ayam Kung Pao
K ena goreng gajus hingga garing ketepikan
K ena goreng ayam yg dh diletak garam, kunyit & tepung jagung ketepikan...
K ena goreng cili kering dlm 8 biji..pastu gunting serong
K ena potong capsicum hijau dadu kasar
K ena tumis halia dengan bawang pitih & 1 sudu cili boh..tunggu garing..masukkan oyster sos..garam...goreng garing..[astu masukkan ayam serta kacang n capsicum tadi...siapppp hehe
Udang Assam
Udang Assam
Assam Prawns...resepi dari Julianna Lim Abdullah
500 gm udang besar
80 gm assam jawa
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan minyak untuk menggoreng
Udang jangan di buang kulit....cuma belah sedikit di bahagian belakang untuk membuangkan usus hitamnya
Campurkan assam jawa, gula, garam dan kicap pekat - perapkan sekali dengan udang. Biar selama 2-3 jam.
Panaskan minuak, api kecil atau sederhana, masukkan udang dan goreng.....bila wangi....akan nampak..hitam2 sedikit...boleh dikeluarkan.
Sedap di hidangkan dgn nasi lemak dan sambal belacan.
Selamat mencuba.
Fried Oreo
Fried Oreo
Oreo
Tepungnya
1 cawan tepung gandum
Telur 2 biji
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit garam
1 sudu kecil vanilla
1 sudu besar gula halus
1/2 to 1 cawan susu segar..(agak2)
Bancuh bagi jgn terlalu cair..celup oreo n goreng..makan panas2..oh ya batter ni buat lar awal2 dlm 1hr b4.
Thursday, October 17, 2013
Ya Allah lama nya blog k ena ni tak bernafas....dah setahun lebih rupanya huhuhu...k ena pun dah pindah...hope k ena rajin update..:)
Siput 1 bungkus
cili api 10 biji
kunyit 2 inci
santan
asam keping
daun kunyit
Cuci siput terlebih dahulu...tumbuk cili api dengan kunyit...satukan semua dalam periuk...masukkan santan...panaskan atas api...masukkan garam n asam keping n sesedap rasa serta daun kunyit...didihkan...dah siap!
Thursday, August 30, 2012
Bebola ketam goreng butter
sumber linakz
Bahan2
20biji bebola ketam digoreng n tos
Bhn tumis
2 tangkai daun kari - lurut ambil daunnya
2 ulas bwg putih - hiris
1 sdB serbuk kari ikan - (optional)
cili padi (ikut tahap kepedasan yg mampu) - hiris
garam & gula secukup rasa
Bhn telur
4 biji kuning telur
1/4 cwn minyak masak
100gm butter (jika suka boleh lebihkan)
3 sdB susu cair
Cara2
Pukul ringan kuning telur dgn susu cair
Panaskan minyak & masukkan butter- biar minyak benar2 hangat
TUTUP API . Dgn pantas, sebelah tangan memegang garpu/chopstick, membuat pusingan pada minyak
sebelah tangan pula mencurahkan aduan telur sedikit demi sedikit. Teruskan membuat pusingan hingga terbentuk tali2 telur. angkat dan tapiskan. - Ketepikan.
**sy buat process ni 2 kali krn adunan telur tu agak bnyk dan sy gunakan pan yg sedikit kecil.
Dengan kuali / pan yg sama goreng udang yg di perap tadi. Goreng sekejap, angkat dan letak di pinggan beralaskan paper towel. - ketepikan
Panaskan sedikit minyak, tumis bhn tumis hingga wangi, tmbhkan sedikit air jika perlu.
Masukkan udang tadi, gaul serata & tutup api.
Bila nk dihidangkan baru masukkan telur yg di goreng tadi.- kacau serata dan siap utuk dihidang.
Roti Boom Goreng berlada
Roti Boom Semalam
Cili masak
Cili api
Ikan bilis
Bawang besar
Bawang putih
Garam secukup rasa
Roti boom semalam digunting kasar...
Tumbuk cili, bawang n ikan bilis...tumis...masukkan garam n roti boom...kacau rata....:)
Kerabu Telur Asin
KERABU TELUR ASIN Resepi Sasha Rahmat
bahan2
4 biji telur asin - direbus
2 biji tomato - potong ikut suka
6 kcg botol - dibersihkan & di potong nipis
1 biji bwg besar hiris
6 ke 8 biji cili api ditumbuk dgn sedikit belacan -klu nk pedas boleh tambah lagi & jika x suka belacan boleh tukarkan kpd udang kering
1 btg serai dihiris
1 biji limau nipis - perah ambil jusnya
gula secukup rasa
cara2
didalam 1 mangkuk campurkan semua bahan kecuali telur asin
seratakan & cukupkan rasanya
telur asin dibelah 2 & klurkan dr kulitnya..belah 4 atau 6
campurkan telur asin ke dalam mangkuk yg berisi bahan2 lain tadi.
siap utk dihidang.
Wednesday, August 1, 2012
Cendawan Goreng
Cendawan Celup Tepung
Cendawan
Tepung nona crispy 1 kotak
Tepung gandum 3 sudu
Margerine 2 sudu dicairkan
garam sedikit
air
minyak untuk menggoreng
Campur semua...gaul n celup cendawan n goreng...
Subscribe to:
Posts (Atom)









