Friday, August 15, 2014

Kerabu Timun


 

Timun Jepun 1 buang tengahnya
Bawang besar 1 labu
Serai 1 batang
Bunga kantan 1
Daun Ketumbar sedikit
Kacang Goreng
Cili Api dan cili merah dihiris
Perahan limau sedikit
Sos Ikan 1 sudu besar

Gaul rata semuanya dan biarkan sebentar sebelum dihidang agar ianya mesra

Kerabu Ayam Kampung



1 dada ayam digaram dan ketuk serai lalu direbus dgn air kelapa kemudian digoreng dan dicarikkan
1 labu bawang besar
1 biji tomato 
1 biji cili merah
5 biji cili api
Beberapa helai daun selasih
1 batang serai
Garam dan gula secukupnya
Perahan lemon

Gaul semuanya dan hiaskan dengan daun ketumbar

Kerabu Ikan Dory




Kepingan Ikan dory direbus dalam air garam
1 bunga kantan
1 batang serai
1 labu bawang besar
Sedikit daun ketumbar
Perahan Lemon
1 sudu besar sos ikan thai
Hirisan Cili api
Hirisan Cili merah
Sedikit gula

Kerabu Kacang botol dengan kerang



1 cawan kerang rebus
6 Kacang botol
1 genggam Udang kering 
Cili masak dan cili api
1 labu bawang besar
1/2 cawan kerisik
gula dan garam
limau nipis 1 sudu

Sangai udang kering tumbuk dengn cili, bawang besar
Gaul rata masukkan kerang n kerisik serta kacang botol..

Kerabu Jantung Ikan Bilis





1 Jantung pisang rebus lalu dihiris
1 labu bawang besar
1 biji tomato
Segenggam Ikan bilis goreng
1 batang serai
Daun ketumbar untuk hiasan
3 biji cili api
1 biji cili merah
Gula dan lemon secukupnya..

Gaul semua n sedia dihidangkan...

Kerabu Ikan Bilis ala Thai





1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
1 biji tomoto dihiris dan buang bijinya
1 labu bawang besar dihiris
1 serai diricik
1 bunga kantan diris
5 biji cili api merah dihiris
sedikit daun ketumbar dihiris
perahan lemon
garam dan gula secukupnya

Gaul rata semuanya..sedia untuk dihidangkan..

Selamat Mencuba

Grill Salmon


Grill salmon

ini sangat senang..anak n hubby sangat suka..apa yg k ena buat

Marinate dengan bahan2 ini selama 2 jam...
gula merah 3 sudu
kicap 1/4 cawan
2 sudu sesame oil
bawang putih 3 ulas
garam sedikit sahaja sbb kicap dh masin

atas kuali spray olive oil n masak n balik balik kan....

senang kannnn...:)